Seorang pengguna Threads mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen selepas memuat naik hantaran berbunyi berbaur amaran kepada warga maya “apa ii pun jangan masuk uia ye semua 😽 don’t say i didn’t warn y’all”.
Hantaran tersebut mula tular dan mengundang pelbagai reaksi, khususnya daripada alumni serta pelajar International Islamic University Malaysia yang tampil mempertahankan universiti berkenaan.

Antara yang memberi respon ialah personaliti media sosial, Amin Idris yang memuat naik komen ringkas namun tegas:
“I’m a proud UIA grad. Apa masalah kau ye?”
Di ruangan komen, ramai netizen turut menyifatkan kenyataan tersebut sebagai terlalu umum dan tidak wajar dijadikan gambaran keseluruhan terhadap universiti itu.

Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial yang berpendapat individu tersebut mungkin mempunyai pengalaman peribadi tersendiri sehingga meluahkan pandangan sedemikian secara terbuka di Threads.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
