Written by Bella | August 19th, 2018

Kembali lagi bersama Beautifulnara portal hiburan sensasi. Seperti biasa kita akan recap lima gosip dan kontroversi yang paling meletup, paling tular dan paling mendapat perhatian netizen sepanjang minggu ini. Kalau kita dengar pun memang panas betul berita ni.

Nampaknya, kali ini pelbagai isu tertumpu kepada selebrti yang terlibat dalam acara KLFW 2018. Ada isu tiru konsep pereka fesyen luar negara  dan selebriti bersaing untuk mendapatkan rekaan baju yang sama.

Tidak lupa juga, dengan dakwaan seorang lagi artis BBNU yang dikatakan berlagak diva. Siapa pula tu?  ada pula berita mengejutkan dimana seorang pelakon wanita difitnah sudah muflis. Selain itu ada pula seorang peyampai radio yang dengki dengan mereka yang berniaga tepi jalan.

Jom layan top 5  gosip terhangat minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Enjoy!

1) FAZURA TIRU IDEA ORANG LAIN UNTUK GIMIK MODEL TERBARING

Semua orang terpukau apabila Fazura melakukan gimik model terbaring dan beliau ‘catwalk’ dengan penuh keyakinan ketika acara KLFW2018 diadakan. Kata orang memang gempak habis sehingga mendapat pujian ramai. Namun, timbul dakwaan mengatakan beliau sebenarnya hanya meniru konsep serta idea kreatif pereka fesyen lain.

BACA : (VIDEO) Gimik Model Terbaring, Fazura Didakwa Tiru Konsep Dries Van Noten

2) LINDA ONN TIDAK BERNIAT JEJASKAN PERIUK NASI PENIAGA TEPI JALAN

Tweet pengacara dan penyampai radio Linda Onn mengenai pihak MPAJ yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga tepi jalan tanpa lesen berniaga menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah yang mengatakan beliau dengaki dengan peniaga tersebut. Walaubagaimanapun, Linda menafikan beliau sengaja ingin warung tepi jalan bungkus.

BACA : Linda Onn Nafi Dengki, Sengaja Ingin Warung Tepi Jalan Bungkus

3) NEELOFA INGIN ‘CARAS’ FAZURA, PAKAI BAJU SAMA

Dilihat memakai baju dari koleksi yang sama, Neelofa digosipkan sengaja ingin ‘caras’ Fazura yang sememangnya mengidamkan untuk menggayakan busana yang sama setelah melihat model memperagakan koleksi tersebut di KLFW2018.

BACA : Pakai Baju Sama, Netizen Speku Neelofa Mahu ‘Caras’ Fazura?

4) ELFIRA LOY DIFITNAH BANKRAP

Seorang wanita mencetuskan berita panas apabila memuat naik  foto fail notis bankrap yang tertera nama pelakon Elfira Loy. Ramai yang tertanya apakah yang sudah berlaku sedangkan sebelum ini Elfira tidak pernah menghadapi sebarang masalah kewangan. Namun, Elfira menjelaskan ia adalah salah satu fitnah yang direka oleh pihak tertentu untuk mejatuhkan namanya.

BACA: Ura-Ura Muflis, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Elfira Loy?

5) JURUGAMBAR LABEL ISMAIL IZZANI BERLAGAK DIVA

Penyanyi BBNU, Ismail Izzani mula dikatakan sebagai artis sombong ‘acah tahap dewa’ kerana mengendahkan permintaan seorang jurugambar yang ingin mengambil fotonya. Apa yang berlaku?

BACA : Jurugambar Terkejut Ismail Izzani Sombong, ‘Acah Tahap Dewa’ Di KLFW

4 responses to Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

  1. Sakinah Raudhah says:

    Kisah lesen Linda Onn yg dibangkitkn itu membantu utk para peniaga yg mana lesen itu satu kewajipan n keperluan utk peniaga miliki..kita hidup dlm ruang lingkup negara yg menegakkn undang2 demokrasi raja berparliment..patuhlh dgn peraturan hidup agar hidup selamat dunia/akhirat..yg kisah Neelofa n Fazura n Elfira n Ismail ni terlalu sinonim dgn sifat dengki,irihat n salah fhm..okaylh benda kecil je ada ruang maaf bermaafan tu dituntut..sama2 lh kita hidup rukun n aman dlm era m’sia baru..Kita tolak/tentang puak LGBT moga m’sia selamat dpd mala petaka..

    20

    0
  2. Anonymous says:

    Ok, korang pernah try apply lesen tak? Mana korang tau yang berniaga tepi jalan tu tak pernah apply lesen. Korang tau tak betapa susah nya nak dapat kan lesen dari majlis. Adik aku peniaga tepi jalan. Bukak khemah kat kawasan lapang, tiap hari, sampah kutip bawak balik tau, khemah bawak balik, apply lesen, MPKJ tak luluskan. Pegawai MPKJ dtg chk kawasan, cakap, sepatutnya kawasan ni tak de masaalah…abis camne…. Siap suggest amik surat recommendation dr dato’ ke…maybe senang sikit!

    0

    0

Leave a Comment

Optional