August 14th, 2018

Baru-baru ini, selebriti Linda Onn menerusi akaun Twitternya ada mengeluh dan mempersoalkan mengapa pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tidak mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga gerai tepi jalan yang berniaga tanpa lesen dan tidak perlu bersusah payah mengikut undang-undang seperti seorang pemilik restoran.

Status Linda itu mendapat perhatian ramai dan akhirnya pihak MPAJ telah menyerbu gerai tersebut. Pemiliknya yang bernama Amirul dalam nada sinis hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada Linda yang dianggap sudah menjejaskan punca rezekinya itu. Amirul berputih mata saat melihat pihak berkuasa mengangkut semua barangannya.

Walaubagaimanapun, Linda tampil menafikan beliau dengki dan sengaja ingin warung tepi jalan itu bungkus.

Meskipun sudah membuat penjelasan, masih ada sesetengah netizen yang mengecam Linda kerana perbuatannya itu.

Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi kes ini mungkin boleh menjadi pengajaran untuk orang lain juga. Pastikan anda melalui saluran yang betul dan mengikuti undang-undang yang sudah ditetapkan untuk berniaga.


80 responses to “Linda Onn Nafi Dengki, Sengaja Ingin Warung Tepi Jalan Bungkus”

  1. Kindositaur says:

    Peniaga2 tu ada ganggu Linda Onn ke? Tanggapan mereka boleh berniaga tanpa lesen dgn begitu mudah, sedangkan taukey restoran bersusah payah mendapatkan lesen. Maka itu mereka sepatutnya bersusah payah juga lah? Adakah Linda bertambah senang dengan bungkusnya peniaga2 kecil tu? Linda kata tidak iri hati, tetapi punca aduan linda ialah melihat mereka mudah berniaga..bukankah dengki tu bermaksud tidak suka akan kesenangan org lain. Adakah kepuasan hati akan dtg bila melihat org lain turut melalui kesusahan yg sama? Bila melihat kelebihan org lain, adakah wajar dia dijatuhkan atau kita yg patut usaha untuk mendapatkan yg sebaiknya? Kenapa mahu membandingkan rezeki org dgn rezeki anda? Rezeki org takkan jadi rezeki anda, masing2 ada rezeki masing2… Linda bukan org susah kan? Rasanya peniaga2 tu ada kereta setaraf dengan linda? Disebabkan sekeping kertas, periuk nasi mereka dirampas. Linda bukan tak tahu apa yg akan terjadi bila peniaga takde lesen diadukan. Belum pernah terjadi dlm sejarah pihak berkuasa dtg untuk melesenkan peniaga2 ini. Maka aduan linda mmg bertujuan mengundang pihak berkuasa untuk sapu licin.

  2. Outspoken says:

    10.21. Kalau ko nak Majlis bertindak segera ko kena VIRALKAN. Klu hantar e Mail wehh tak laku. Mereka tidur kena

    Pengalaman aku hantar e Mel komplen pada Majlis Perbandaran di Perak pasal laman jiran kotor cos dia Ada “mini zoo” bela 4 anjing, few Rabbits dan chickens. Najis anjing tak dibuang. Daun kering tak buang. So Ada ular dan breed nyamuk. Mlm aku Susah nak tidor cos gangguan bising nyalakan 4 anjing sepanjang malam Hingga subuh. Aku dah komplen 4 kali (telefon dan emailL. Tindakan Majlis amat mengecewakan. Majlis denda jiran rm5 kerana anjing tak da Lesen!!! Can you believe that?

  3. Pakcik Kedati says:

    Setiap negara ada peraturannya dlm berniaga,baik taraf restoran atau taraf versi cangkung tepi jln..lesen tetap di wajibkn bagi sesiapa pun berniaga samada push chart atau yg pacak payung kekal duk tepi jln tapi kena ingat tepi jln kalau tanah sendiri itu dibolehkn tapi kalau tnh tu dlm kawasan tmn perumahan atau tepi parit itu milik kerajaan samada JPT atau Majlis Bandaran..tanah kenalh bayar sewa..ada fhm tak..barulh aman nk meniaga,tentang haram atau halal tu urusan Allah janji kita hidup ikut peraturan yg dikehendaki pihak yg memerintah (kerajaan)..itu lbh diredhai..

Loading...