August 13th, 2018

Ramai yang terpukau dan memuji betapa uniknya konsep model terbaring di pentas peragaan KLFW2018 dan Nur Fazura tampil dengan gaya ‘catwalk’ yang penuh dengan keyakinan. Memang gempak habis sehingga tetamu yang hadir pada acara tersebut bersorak dan memberikan tepukan tanda mereka memberikan sokongan kepada Fazura.

Terbaru, sebuah akaun Instagram dengan nama  Diet Prada mendedahkan Fazura sebenarnya meniru konsep pereka fesyen antarabangsa, Dries Van Noten.

 

Dries mula memperkenalkan konsep itu untuk pertunjukan fesyen Summer Spring 2015.  Kesemua model akan muncul di pentas dan terduduk ataupun terbaring sebelum pereka fesyen muncul dari belakang pentas.

Kami sertakan video ‘catwalk’ Fazura dan juga Dries. Cuba anda bandingkan.

Apabila lihat video diatas memang banyak persamaan antara gimik Fazura dan Dries. Fikir positif, mungkin Fazura tidak berniat untuk meniru cuma mengambil inspirasi daripada konsep pereka fesyen antarabangsa itu.

Sumber Berita : Fauzi Aminudin & Diet Prada

Kredit Video : Fashion Channel


72 responses to “(VIDEO) Gimik Model Terbaring, Fazura Didakwa Tiru Konsep Dries Van Noten”

  1. Anonymous says:

    faz bijak…tak memasal diet prada yg pengikut seluruh dunia kenal brand dia dah sekarang..diet prada siap tag ig fazbulouscom.. haa..tak memasal org pergi klik ig..and tahu dah brand fazbulous ni dari Malaysia…well it turns to marketing strategy…well done! kalau cakap meniru..lofa tiru sugarscarf design..

  2. Yekeni says:

    Memang lumrah meniru atau menjadikan insipirasi. Faz tiru int’l designer yg berjaya. Dan lofa tiru faz…. Hahaha…. What does that say? Lofa sendiri acknowledge that faz is more successful than her? You wl not copy something or someone behind you. So i guess lofa is always behind faz?

Loading...