“Tiap Kali Maghrib Meracau, Menjerit” – Mulut Lancang & Selalu Marah-Marah, Menantu Didakwa Sihir Ibu Mentua Sebab Terkilan

Kehidupan

“Tiap Kali Maghrib Meracau, Menjerit” – Mulut Lancang & Selalu Marah-Marah, Menantu Didakwa Sihir Ibu Mentua Sebab Terkilan

Melalui satu kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki di dalam platform X baru-baru ini, dia menceritakan pengalaman sedih mengenai ibunya disihir oleh kakak iparnya akibat mulut lancang.

Ibu selalu marah-marah kakak ipar

Kata lelaki terbabit, pada hari pertama kakak ipar memasuki keluarga mereka, ibu sudah memarahinya kerana bangun lewat dan tidak ‘ringan tangan’ membantu di dapur.

Advertisement

Bukan itu saja, malah kakak ipar turut pernah dimarahi di hadapan saudara mara yang lain kerana tidak sengaja memecahkan cawan yang dibeli oleh ibu di Turkiye.

wanita di rumah

Bermula dari peristiwa itu, kakak iparnya sering menyendiri di dalam bilik dan jarang keluar dan nak dijadikan cerita, sewaktu individu terbabit cuti semester, dia melihat perubahan ketara pada bentuk badan ibunya.

Ibu semakin tak sihat

Dari berat 90 kg turun ke 68 kg, muka yang dulu licin cantik jadi kedut dan tiap kali maghrib meracau, menjerit macam orang gila. Ayah bawa ibu berubat sampai ke Kelantan.

Alangkah terkejutnya dia selepas perawat itu memberitahu ibunya seperti itu kerana ‘orang baru’ yang memasuki ke keluarga mereka dan disebabkan itu dia merasakan kakak ipar yang melakukan perbuatan tersebut.

menantu sihir mentua

Rumah dah tak seceria dulu

Kini rumah mereka turut terasa suram, di mana ibu dan kakak iparnya masing-masing duduk di bilik masing-masing walaupun sewaktu menyambut hari raya.

Mungkin cara ibu salah melayan kakak ipar I macam tu. Tapi tulah, kakak ipar I pun tak boleh buat macam tu dengan ibu (kalau betul dia buat). Sebab ibu adalah mak kepada abang.

sihir
5 months ago

"Mama Kencing Dalam Nasi Dekat Dapur" - Lelaki Pelik Dulu Bahagia Sekarang Isteri Cepat Marah, Anak Pula Nampak 'Sesuatu'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...