“Mama Kencing Dalam Nasi Dekat Dapur” – Lelaki Pelik Dulu Bahagia Sekarang Isteri Cepat Marah, Anak Pula Nampak ‘Sesuatu’

Kehidupan

“Mama Kencing Dalam Nasi Dekat Dapur” – Lelaki Pelik Dulu Bahagia Sekarang Isteri Cepat Marah, Anak Pula Nampak ‘Sesuatu’

Luahan seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya tentang tingkah laku isterinya mendapat perhatian warganet di plaftorm media sosial.

Menerusi Twitter, lelaki tersebut bercerita dia dan isteri sudah 5 tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun.

Advertisement

Sebelum ini, kami sangat bahagia cuma sejak kebelakangan ini aku rasa macam pelik dengan isteri aku.

 

Rumah rasa panas, mudah berlaku pergaduhan

Bercerita lanjut, dia berkata rumahnya terasa panas dan mereka berdua mudah bergaduh hanya disebabkan perkara-perkara yang kecil.

Silap sikit dia terus nak marah aku dan anak aku.

Ujar lelaki itu lagi, dia sendiri buntu memikirkan punca rumah tangganya berubah menjadi porak peranda malah keperibadian isterinya yang lemah lembut juga kini menjadi kasar.

gaduh

 

Anak nampak isteri kencing dalam nasi

Lebih mengejutkan, dia mendedahkan bahawa anaknya pernah bercerita kepadanya tentang perbuatan isterinya yang merupakan seorang ustazah di sekolah.

Kata anaknya kepadanya,

Mama kencing dalam nasi dekat dapur.

Tambah lelaki tersebut, sejak itu dia mula tertanya-tanya adakah benar isterinya yang dilihat oleh anaknya atau dia sudah terkena nasi kangkang.

Di akhir luahannya, lelaki tersebut memaklumkan dia akan memberitahu keluarganya dan keluarga mentua tentang situasi rumah tangga mereka serta apa yang telah berlaku.

 

Netizen kata sihir pemisah

Ramai warganet berpendapat dia dan isteri mungkin terkena sihir pemisah dan mencadangkan agar mereka rujuk kepada perubatan Islam yang dipercayai untuk mendapatkan rawatan.

komen

Dalam pada itu, ada yang turut menyatakan pendapatnya bahawa apa yang dilihat oleh anaknya di dapur itu mungkin jin yang menyerupai untuk menimbulkan fitnah dan mengakibatkan pergaduhan serta perpisahan.

komen

Sihir
6 months ago

"Perut Membusung, Bau Busuk Sangat" - Wanita Sihir Adik Ipar Yatim Piatu Kerana Belum Ada Anak, Merayu Cara Tarik Balik Sihir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...