“Perut Membusung, Bau Busuk Sangat” – Wanita Sihir Adik Ipar Yatim Piatu Kerana Belum Ada Anak, Merayu Cara Tarik Balik Sihir

Kehidupan

“Perut Membusung, Bau Busuk Sangat” – Wanita Sihir Adik Ipar Yatim Piatu Kerana Belum Ada Anak, Merayu Cara Tarik Balik Sihir

Satu perkongsian dan luahan dari seorang individu ini telah mencuri dan menuai ribuan respon dan kritikan dalam kalangan netizen.

Seorang wanita tampil meluahkan perasaan bersalah dan memohon bantuan orang ramai untuk ‘menarik balik’ sihir yang dihantar kepada adik iparnya.

Advertisement

Sihir adik ipar kerana masih tiada punya anak

Tulis individu itu, dia menghantar sihir berbentuk santau kepada adik iparnya bagi tujuan memporak peranda rumah tangga kerana mereka masih belum dikurniakan anak.

NGLSumber : X  

Aku santau adik ipar aku, mula niat aku just nak dia sakit sikit dan gaduh dengan adik aku ja. Sebab ye lah, dah 2 tahun kahwin, asyik pergi travel dengan adik aku, sana sini habiskan duit, beli emas, anak tak reti ikhtiar pun. Aku ni anak pon dah 3.

Adik ipar perut membusung dan dibuang kerja

Akibat sihir itu, adik iparnya yang juga seorang anak yatim itu dibuang kerja, mengalami perut busung dan bau badan yang membusuk dan si suami juga sudah mula berfikir untuk menceraikan isterinya itu

NGLSumber : X  
NGLSumber : X  

Adik aku pun minggu lepas tanya mak aku patut cerai ke tak dengan perempuan tu. Aku sebenarnya happy tapi kesian sebab perempuan tu anak yatim.

Takut ‘kantoi’

Namun, ibu suami meminta agar si isteri dirawat dengan cara perubatan Islam terlebih dahulu. Perkara itu membuatkan si pengadu berasa takut jika perbuatannya ‘kantoi’ dan diketahui ahli keluarga mereka.

nhglSumber : X  

Berikutan itu, wanita itu memohon bantuan orang ramai untuk ‘menarik balik’ sihir tersebut kerana bimbang diketahui kerja syiriknya itu.

Perkongsian tersebut ternyata telah membuatkan netizen berang dengan tindakan wanita itu yang bukan sahaja tidak berperikemanusiaan tetapi telah menyekutukan Allah.

Sakitnya hati baca. kau bukan manusia, tapi syaitan. moga semua yang kau buat tempias dekat kau balik 10 kali ganda. sampai hati kau buat ahli keluarga sendiri macam tu. busuk & dengki sangat ke hati kau?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wakeel
11 months ago

"Bukan Kena Tinggal, Tapi.." - Putera Mateen 'Off Market', Kini Tular Pulak Si Adik Pengiran Muda Abdul Wakeel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...