Terkedu lidah ini bila mendengar yang pengarah filem Lu Fikirlah Sendiri, Aminah Rhapor tetap akan meneruskan penyamanan ke atas Nabil Raja Lawak. Inilah akibat kenyataan tak sayang mulut Nabil pasal filem lakonan dia tue. Kami ingatkan kes ini akan berakhir tanpa aksi saman-menyaman, nampaknya kami silap.
[note]Saya dan seorang lagi penerbit filem ini, Datuk Suhaimy Othman tetap akan menyaman Nabil kerana ramai yang enggan menonton LPSdM disebabkan kenyataannya semasa tayangan perdana filem itu. Saya mendapat tahu respons itu menerusi cakap-cakap orang di Internet. Itu pun sudah membuktikan yang penonton tidak mahu menontonnya. [/note]
Adakah Aminah Raphor membaca komen-komen anda semua di entri tentang filem Lu Fikirlah Sendiri yang pernah kami keluarkan dulu? Nampaknya ada impak jugak penulisan kami dan kata-kata anda semua. Siapa kata blog tak ada kuasa? Sedikit sebanyak mempengaruhi jugak orang seperti Aminah Rhapor nie.
Walaupun filem Lu Fikirlah Sendiri nie mengutip RM2.1 juta (not bad jugak tue), tapi nampaknya saman akan tetap diteruskan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat Nabil dan juga artis-artis lain. Jangan main cakap lepas je. Sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.