Sila Jangan Tengok Filem Lu Fikirlah Sendiri, Nabil Pun Kutuk Filem Lakonan Dia

Hiburan

Sila Jangan Tengok Filem Lu Fikirlah Sendiri, Nabil Pun Kutuk Filem Lakonan Dia

review movie lu fikirlah sendiri

Pelik tapi benar. Nabil Raja Lawak, hero dalam filem Lu Fikirlah Sendiri terus terang mengakui kecewa dengan filem lakonan dia tue. Kalau pelakon utama pun dah kutuk filem lakonan sendiri, adakah wajar bagi kita untuk pergi tengok lagi cerita nie?

Advertisement

[note]“Terus terang, saya kecewa dengan filem ini. Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Malah, ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya tidak faham jalan ceritanya.[/note]

Tak tau la nak kata si Nabil nie jujur sangat atau memang tak reti nak buat promosi filem sendiri. Kalau dia sendiri dah cakap citer nie tak best, compemla tak ada orang nak gi tengok. Ataupun nie teknik promosi filem yang terbaru? Mungkin dengan mengutuk filem lakonan sendiri, para peminat teruja nak gi tengok betapa tak bestnya filem tue. Logik jugak kot teknik promosi macam nie?

Apa-apa pun kami dah compem takkan pergi tengok filem nie. Dulu beria jugak nak gi tengok. Tapi pas dengar si Nabil cakap camnie terus batalkan niat kami. Bukannya taknak sokong industri filem tempatan, tapi kami pentingkan kualiti. Kalau filem best macam Adnan Sempit, pergi tengok 10 kali pun kami ok jer.

Kalau anda tertengok filem nie nanti, bagitaulah kami camner cerita dia. Best ke tak.

P.S: Tak habis-habis lagi tayangan filem Avatar kat Cineleisure Damansara. Rasa-rasa dah dekat 2 bulan dah. Memang dasyat betul penangan Avatar nie.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...