Nabil Raja Lawak – Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Jumpa Di Mahkamah

Hiburan

Nabil Raja Lawak – Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Jumpa Di Mahkamah

nabil raja lawak

Kami sendiri tak mampu nak bersimpati dengan si Nabil Raja Lawak nie. Bagi kami, kenyataan si Nabil mengutuk filem Lu Fikirlah Sendiri, memang tersangat-sangat bodoh. Satu kesilapan yang kini dah memakan diri sendiri. Mengikut BiPop hari nie, penerbit filem Lu Fikirlah Sendiri, Datuk Suhaimy Othman sekarang dalam proses menyemak kontrak untuk memastikan sama ada Nabil boleh dikenakan tindakan undang-undang akibat mengeluarkan kenyataan negatif terhadap filem lakonan dia.

Advertisement

Kami percaya yang filem nie takkan dapat mengutip kutipan box office seperti yang dijangkakan. Mula-mula tue kami sendiri memang teruja nak pergi tengok sebab ada si Nabil nie. Tapi lepas dengar kutukan dia sendiri, terus kami cancelkan hasrat di hati. Buat apa nak pergi tengok cerita yang kompem dah tak best kan? Baik pergi layan cerita My Name Is Khan. Lagi best!!!

Buat Nabil, berhati-hatilah time keluarkan kenyataan. Lu fikirlah sendiri sebelum cakap benda-benda mengarut nie. Secara logiknya, takkanlah tak boleh nak fikir impak kenyataan yang sebegini. Benda mudah jer nie. Orang dah bayar anda untuk berlakon filem, kalau filem tak best pun janganlah kutuk. Layankan ajer.

Nasihat kami untuk Nabil, kalau dalam industri perfileman Malaysia nie, anda tak boleh jujur sangat. Kalau jujur dan baik hati, akibatnya memakan diri. Berapa banyak filem sampah kat Malaysia nie (terutamanya arah seseorang yang bergelar Prof), tapi pernahkan anda dengar pelakon dia kutuk filem tue? Tak ada kan?

Akhir kata, Lu fikirlah sendiri ~~~~~~~~~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...