October 8th, 2012

Tasha Shila adalah antara pelakon baru yang kontroversi. Sebelum ini pernah kecoh seketika apabila Tasha telah digosipkan menari tarian ghairah di sebuah disko, yang dinafikan oleh beliau. Selepas itu Tasha juga menerima kritikan kerana mengaku sering ke kelab malam untuk menenangkan fikiran.

Kemudian Tasha telah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 untuk kategori Artis Baru Terbaik. Timbul juga cakap-cakap yang mempertikaikan kemenangan beliau yang tidak dijangka sehingga muncul pula kontroversi apabila seorang artis yang turut bertanding dalam kategori yang sama dengan Tasha Shila memberikan komen tentang ‘undi diri sendiri’ dan seterusnya meleret kepada kontroversi-kontroversi yang lain pula.

Namun gosip yang telah beredar agak lama dalam industri hiburan ialah tentang Tasha ditaja oleh seorang individu bergelar ‘Datuk J’ yang dikatakan telah menghadiahkan Tasha dengan kereta BMW. Semalam, Kosmo! telah menyiarkan gosip terbaru tentang Tasha yang dikatakan telah berparti di sebuah disko minggu lepas bersama rakan-rakan dan juga ‘Datuk J’.

Tasha bagaimanapun menafikan gosip terbaru itu dalam temu ramah dengan Kosmo! apabila ditanya sama ada benar yang dia telah berparti dengan Datuk J:

Itu pun sudah nama gosip, sesiapa boleh cakap saya macam-macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari saya berada di Brunei. Pulang sekejap (semalam, selama sehari) ini pun untuk Anugerah Blockbuster 2012. Saya sekarang sibuk kerja bukan ke mana-mana disko.

Apabila ditanya apa yang dilakukannya di Brunei, Tasha menjawab:-

Saya menjalani penggambaran drama bersiri Erna Suraya selama 10 hari di Brunei. Ia merupakan produksi syarikat di negara itu. Sebelum itu saya berada di Cameron Highlands untuk drama yang sama. Untuk drama ini, saya sering berada (menjalani penggambaran) di beberapa tempat lain lagi seperti di Legolands, Johor.

Mengenai gosip terbaru ini, Tasha menyatakan:-

Cerita ini tentu dibuat-buat oleh pihak yang menyampaikan kepada pengetahuan media yang ingin lihat saya jatuh. Tidak benar sama sekali saya ada penaja. Datuk J pun saya tidak tahu dia siapa, macam mana cerita ini timbul pun saya tidak tahu kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang dikatakan saya ke disko itu.

Siapakah sebenarnya Datuk J?

Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, saya kerja keras untuk cari duit. Hari-hari saya ada kerja dengan berada di lokasi penggambaran, malas saya hendak layan gosip berkenaan.

Komen Tasha tentang pencipta gosip pula ialah:-

Ia adalah lumrah apabila saya berada dalam dunia seni. Saya malas hendak ambil kisah gosip tidak benar sebegitu sebab saya tahu ramai yang hendak jatuhkan kerjaya saya.

Dalam perkembangan lain, Tasha yang baru memenangi Anugerah Blockbuster untuk Heroin Baru Terhebat (Ratu The Movie), akan ke lokasi untuk drama 28 episod slot Akasia pada bulan November dan berada di Abu Dhabi untuk drama Cinta Abu Dhabi.

64 responses to “Tasha Shila Tidak Tahu Siapa Datuk J, Nafi Berparti Di Disko”

  1. ieda says:

    betoi ke tasya tak knai sapa datuk j 2????dpn mata aku kot dok nari sondoi2 ngan datuk j 2!!!nasib bek hp aku tak canggih….kalu canggih aku tangkap tunjuk bukti!!!apa salahnya mengaku???smua artis ada kisah masa lampau….tak yah nak sorok2lah……

  2. abg nara memang suke kuarkan cite si Tasha ni sbb dia tau ramai yg akn kutuk Tasha. mmg dari dulu anti si Tasha abg nara ni. hahahahahaha

  3. usain bolt says:

    klau ade yg ckp ts mana dpt duit utk hidup mewah mesti fans dia berang. mesti diorg ckp eh!!!!!!!tasya byk berlakon drama tau….asyik2 muka dia jer yg keluar kat tv.nie aku nak habaq…brckp nie pun kite kene calculate dulu. kene sukat jugak.kene ukur dn timbang supaya logik dek akal dn berlandaskn realiti. klau anda nk tahu upah pelakon msia adalh diantara yg terendah (ada sbbny. mls nk ulas )sbb tu ramai plakon kantoi hutang sana sini. utk drama telemovie misalny x smpai 10k bg artis yg bkn A list sbb producer x bleh jual mahal dkat stesen tv. utk drama berepisod x berani ckp.ada rate yg tersendiri.ikut populariti artis. sbb itu ramai artis yg berbkt dlm hosting akn tumpukn masa pd hosting sbb byrn berganda mahalny..klau belakon 2 mggu bru dpt 10k tp hosting bleh dpt 10k utk semlm sj utk event/corp show.mostly yg berkelulusan tggi akn choose hosting instead of lakonan.lakonan mungkin utk sampingn sj..kecuali klau mrk x berbkt dlm hosting. sedih tak kehidupn sbg pelakon msia dn sbb itu jgk artis spt fahrin, yg baru Neelofa,maya karin dn awal prefer hosting. masyukk!! .bg yg byk jd duta itu mmg beruntung tp berapa kerat artis yg dipilih jd duta? pelakon msia klau x der plan b habislah dh tua bila skit mtk derma org ramai. jujur sye sgt kesian tp biarlah plan b tu ‘halal’

  4. finas finish says:

  5. anjung seri says:

Loading...