November 28th, 2016

Selama ini berita kehamilan Sharifah Sakinah menjadi teka-teki apatah lagi bila kakaknya Sharifah Shahira dikatakan bergurau mengenai adiknya itu yang sedang mengandung menerusi muat naik di Instagram baru-baru ini.

Terbaru, menurut Miss J menerusi portal Utusan Online, ada seorang selebriti sudah terlepas cakap dan mengesahkan Sakinah kini sedang hamil anak pertamanya.

Sebenarnya hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui tentang berita gembira tersebut kerana Sakinah masih berahsia mengenainya. Khabarnya Sakinah kini lebih banyak berehat dirumah demi menjaga kandungannya itu.

Sebelum ini Sakinah pernah keguguran sekitar bulan April lepas ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya. Pada waktu itu Sakinah tidak mengetahui bahawa wanita yang sedang berada di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang .

Jika berita kali ini benar, kami mengucapkan tahniah buat Sharifah Sakinah dan suami. Semoga ibu dan kandungan berada didalam keadaan baik-baik sahaja. Kita nantikan tuan empunya badan mengumumkan berita gembira ini nanti.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...