April 19th, 2016

Mengalami keguguran baru-baru ini, Sharifah Sakinah tidak mahu terus berduka dan redha dengan ketentuan takdir bahawa beliau belum ada rezeki untuk bergelar ibu.

Malah,Sakinah juga tidak menyesal menolak semua tawaran lakonan kerana ingin berehat dan menjaga kandungannya sebelum ini.

Saya tolak semua tawaran lakonan kerana ingin berehat dan memastikan kandungan saya berada dalam keadaan baik namun saya mengalami keguguran dan bukan rezeki saya dan suami. Ia ujian kecil buat kami suami-isteri dan saya yakin kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Ramai yang mengkritik mengapa Sakinah masih lagi lasak dan menaiki kapal terbang untuk mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Jelas Sakinah beliau tidak tahu bahawa wanita yang sedang berada di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang.

Saya tidak tahu pada awal kandungan tidak boleh menaiki kapal terbang dan ketika itu juga saya tidak tahu diri sedang hamil tetapi apa-apa pun ia bukan rezeki saya dan suami. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi untuk hamil dalam masa terdekat saya tidak menolak.

Sakinah dan suaminya Aliff Adha sebenarnya merencana untuk mendapatkan anak selepas dua tahun berkahwin dan akui terkejut saat disahkan hamil awal daripada jangkaan mereka.

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya Sakinah apabila mendapat berita beliau sedang berbadan dua walaupun dapat merasai dalam tempoh yang agak singkat.

Kami sebenarnya masih dalam fasa bulan madu dan merancang ingin memiliki cahaya mata selepas dua tahun berkahwin. Alhamdulillah biarpun sekejap perasaan apabila mendapat tahu saya hamil hanya Allah yang tahu.

Agak sedih juga jika mengalami keguguran, tetapi bak kata Sakinah mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Lagipun, Sakinah mempunyai banyak lagi masa untuk mendapatkan cahaya mata.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...