October 19th, 2016

Sejak beberapa hari lepas, pelakon Sharifah Sakinah dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat. Semuanya gara-gara status yang dimuat naik oleh kakaknya, Sharifah Shahira yang membuatkan orang ramai menyangka Sakinah kini sudah berbadan dua.

Enggan terus mengelirukan peminat, Sakinah memberitahu kakaknya itu hanya bergurau dan apa yang ditulis di Instagram tidak membawa sebarang maksud.

Saya tak hamil. Kakak saya sekadar bergurau, tak sangka pula pengikutnya ambil serius.

Sakinah sebelum ini pernah hamil tetapi mengalami keguguran pada bulan Mac lepas.

Mana tahu, ucapan tahniah peminat sejak beberapa hari ini boleh menjadi doa buat Sakinah untuk hamil lagi selepas ini?

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...