May 21st, 2020

Semakin hari semakin rancak diperkatakan berkenaan industri hiburan tempatan apabila pelakon veteran, Zul Yahya yang sebelum ini tampil menyeru penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir untuk meninggalkan kerjaya tersebut.

Malah perkara itu juga semakin marak apabila Zul seakan mendakwa karier berkenaan tidak diberkati oleh Allah SWT.

Namun hal itu bagaimanapun menimbulkan reaksi kurang senang segelintir pihak yang mendakwa Zul hanya seorang yang perasan bagus.

Zul membuat beberapa perkongsian di Instagramnya malah entri tersebut seolah mencerminkan perasaannya yang terkilan apabila masih ramai yang mahu menegakkan perkara batil.

View this post on Instagram

Pilihan ditangan kita tiada sapa2 boleh memaksa

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

“Pilihan di tangan kita, tiada sapa2 boleh memaksa.”

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu turut pelakon Shamsul Ghaughau dan Azza Elite. Malah pengikutnya turut memberi kata-kata semangat dan dorangan kepada Zul agar dirinya tetap bersabar dan kuat untuk menempuh dugaan ini.

Terdahulu, kecoh apabila pelakon Datuk Rosyam Nor menempelak kenyataan Zul yang menyeru penggiat seni untuk meninggalkan kerjaya tersebut kerana tersimpang dari jalan Allah SWT.

May 21st, 2020

Kebelakangan ini, industri hiburan tempatan seakan mendapat perhatian netizen selepas pelakon senior, Zul Yahya menyeru penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir meninggalkan kerjaya tersebut kerana Zul menyifatkan pekerjaan itu adalah tidak berkat.

johan as'ari

Malah menurut kenyataan Zul sebelum ini, sudah tiba masanya golongan ini mencari sumber pendapatan yang lebih diredhai oleh Allah SWT.

Namun, segalanya berubah apabila ramai anak-anak seni seakan menyelar tindakan Zul kerana tidak bersetuju dengan mesej yang disampaikan olehnya.

Bagaimanapun, pelakon Johan As’adri dilihat tenang dengan kenyataan berkenaan dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Menurut Johan, selepas menyelami kembali seruan berkenaan, beliau seakan dapat merasakan ia bersifat kasih sayang.

johan as'ari

Hal ini kerana, Zul disifatkan memahami dan kasihan kepada pekerja di belakang tabir yang mengalami kesukaran dalam tempoh pandemic COVID-19 ini.

Malah, Johan juga menyeru orang ramai supaya tidak menyalahkan mana-mana bidang pekerjaan kerana baginya, asalkan pekerjaan itu halal, ia sudah memadai.

Ujarnya lagi bercakap mengenai soal keberkatan, segalanya bergantung kepada niat seseorang.

“Tak wajar untuk kita pukul rata semua pekerja industri hiburan. Isu keberkatan ni lebih baik kita tepuk dada dan tanya hati.”

Keberkatan itu pasti akan dirasai andai kita gembira dengan hasil kerja yang kita lakukan, malah Johan juga menasihatkan supaya jangan cuba untuk berprasangka terhadap orang lain.

Sumber: mStar

May 19th, 2020

Mengakui segala yang berlaku adalah realiti berdasarkan pengalamannya sendiri, Zul Yahya tampil memperjelaskan apa yang disuarakan di media sosial baru-baru ini bukan untuk menghina.

zul yahya

Menurut laporan Harian Metro, Zul dikhabarkan langsung tidak mempersoal halal haram rezeki insan lain namun seakan menyeru pihak terbabit untuk mencari yang lebih baik dan keberkatan dalam industri hiburan.

Zul juga menambah, luahannya itu supaya pihak atasan dan bekaitan dalam industri hiburan mampu melakukan perubahan membentuk hala tuju yang lebih baik.

Tambahnya, setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing malah turut menyatakan segala yang dikongsikan bertujuan mengubah industri hiburan ke arah yang lebih memberangsangkan.

Zul bagaimanapun turut mengulas soal keberkatan yang diperkatan. Menurutnya, keberkatan itu sangat luas malah memerlukan usaha kerana “berkat” itu tidak akan datang dengan sendiri.

“Kita semua perlukan hiburan, tapi biarlah ia pergi kepada hala tuju lebih baik dan memberi manfaat kepada masyarakat serta penggiat seni antaranya pekerja belakang tabir untuk mendapat kehidupan selesa.”

Ujarnya, pilihan berada pada tangan masing-masing kerana yakin rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT amat luas namun segalanya tetap menuntut pengorbanan.

zul yahya

Zul akui beliau bersara kerana sudah penat berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia, malah turut berkata industri ini seolah sukar untuk membuat simpanan.

Terdahulu kecoh di media sosial apabila Zul difahamkan menyeru para penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir untuk meninggalkan kerjaya tersebut kerana menyifatkan kerja berkenaan tidak diberkati oleh Allah SWT.

Sumber: Harian Metro

May 17th, 2020

Kecoh baru-baru ini berkenaan isu yang membabitkan bekas pelakon Zul Yahya yang menyifatkan karier pekerja belakang tabir industri filem dan drama sebagai tidak berkat mendapat perhatian ramai pihak.

rosyam noor

Zul juga difahamkan meminta mereka mengubah haluan pekerjaan tersebut kerana ia merupakan pekerjaan yang lari dari jalan Allah SWT.

Bagaimanapun, kenyataan itu diselar penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan kenyataan yang dilemparkan oleh Zul sekadar pandangan peribadi.

Tambah Rosyam, kenyataan Zul itu adalah tidak wajar kerana ia membabitkan rezeki.

Malah Zul tidak sepatutnya menuduh pihak produksi mengetahkan rasuah dalam bekerja. Hal ini berlaku mungkin disebabkan Zul dahulu dikatakan tidak mendapat apa-apa ketika aktif berlakon dahulu kerana nasib tidak menyebelahinya dalam bidang seni.

Rosyam juga berpendapat, andai tiada kru belakang tabir, bagaimana stesen TV boleh beroperasi yang mana pengisiannya turut menampilkan program dakwah.

“Ustaz dan pendakwah yang buat program ceramah dan dakwah pun ada juga unit kru sendiri.”

rosyam noor

“Jadi, kru belakang tabir sebenarnya besar peranan mereka. Tapi itulah, ini pandangan peribadi Zul.”

Menurut Rosyam lagi, selain menganggap kenyataan Zul mampu mengguris perasaan semua orang, kerjaya sebagai kru di belakang tabir tidak 100 peratus kekal kerana mereka kadangkala selepas beberapa ketika akan beralih mencari kerja lain.

Dalam pada itu, Rosyam berkata, jika seseorang mahu melakukan perkara yang tidak baik, ia bukan hanya berlaku dalam bidang seni sahaja, namun boleh juga terjadi di mana jua.

“Dalam mana-mana bidang pun boleh berlaku. Dalam masjid pun kalau niat tak betul boleh berlaku juga.”

Biarpun pelbagai salah faham timbul, pelakon filem KL Gangster 2 ini menolak sekiranya ada usaha untuk mempertemukan dirinya bersama Zul kerana enggan memperbesarkan perkara ini.

Sumber: Harian Metro