Pelakon Zul Yahya sekali lagi menerima kritikan netizen apabila dia ada memuat naik beberapa hantaran mengenai pandangannya terhadap vaksin COVID-19.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik Zul di Instagram, pelakon drama Pepaya ini berkata pemberian vaksin COVID-19 telah menyebabkan perkara seperti isu diskriminasi muncul di dalam kalangan masyarakat.
Covid made in Chine membuka jalan kepada vaksin. Vaksin membuka jalan kepada diskriminasi. Tahniah.
Susulan daripada kenyataan itu, ramai pengguna media sosial menganggap Zul seolah-olah memperkecilkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kes harian COVID-19 di negara kita.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meminta pelakon itu untuk berhenti menyebarkan dakyah-dakyah anti-vaksin serta teori mengarut mengenai COVID-19 itu di media sosial.
“Tak habis-habis label buruk usaha orang yang vaksin di negara sendiri. Tak lama lagi akan buka juga semua sektor dan solat rapat saf.” tulis seorang netizen.
“Cukup-cukup mengapikan orang..” sahut pengguna media sosial yang lain.
Terdahulu, Zul Yahya dilihat sering berkongsi mengenai keraguan dan kenyataan provokasi mengenai vaksin COVID-19 di media sosial selain pernah mencuri tumpuan netizen apabila dia memilih untuk memberhentikan anak-anaknya daripada mendapatkan pendidikan di sekolah kerana ingin memberi pendidikan agama yang lebih sebagai bekalan ke akhirat.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Omakku
September 28, 2021 at 12:03 pm
sekarang bukan tentang bidang dik..anda yakin dia baca 2/3 artikel je? untuk dia menentang arus perdana dan menjadi asing daripada warga majoriti adalah satu keputusan yg bukan disebabkan 2/3 artikel je.keputusan yg sgt berat.ingat mudah dia nk hadapi hidup dia lepas ni? tekanan kerajaan, netizen,etc.benda ni bukan main2..libatkan nyawa, libatkan akidah, keluarga, this is heavy stuff.. maybe not to you..cuba cari/belajar/research tentang ilmu akhir zaman..bukan senang2 seorang antivaks nak jadi antivaks- tapi mmg kesian, diskrimasi is real- sebelum vax semua boleh hidup aman even with covd around..now bwk masuk vax dahla x berkesan (sbb masih boleh kena cvd, masih boleh spread, ade potensi kena effect yg teruks) itu pasalla org ramai xnak..ni masuk kekal dlm badan hang ni..eh mcm2 la..kalau tgk result vax ni better xyah ambik..tapi disebabkan tekanan kerajaan dah terpaksa pulak kan..mcm haku..terpaksa sbb nk kerja..tp hati lebih kpd takmau..
Anonymous
September 28, 2021 at 10:39 am
Generasi dan puak suhaimi
anonymous
September 27, 2021 at 12:33 pm
tapi kann aku dah selesai 2 dos aku dah tak rasa mcm dulu lagi beza yang ketara aku rasa aku dah jadi mutant !
sitikudisari
September 27, 2021 at 11:10 am
bagi aku senang ke org yg tak percayakan vaccine ni org yang ignorant serta uneducated sama spisis macam org yg percaya dunia tu mendatar. titik.
bkn bidang kamu
September 27, 2021 at 10:35 am
knp org yg bkn ahli dlm sesuatu bidang merasakan dia lebih tahu dr org lain?
baru baca 2-3 artikel dh rasa dia lebih cerdik dr org yg buat kajian?
A fool is known by his speech, and a wise man by silence – Pythagoras