Baru-baru ini, bekas pelakon dan juga telah bergelar penceramah bebas, Zul Yahya ungkap rasa kecewa serta terkilan apabila tempat beribadah dijadikan sebagai tempat Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Perkara tersebut dimuatnaik oleh Zul pada malam Sabtu menerusi akaun Instagramnya dan telah meraih hampir 6000 tanda suka daripada pengguna media sosial tersebut.
Allah hu Akbar.. Astaufiruallah al azim.. Aku pernah bermimpi masjid dipenuhi ular.. wallahi demi Allah. Aku tak percaya pada mimpi, bagi aku mimpi ini hanya mainan tidur, kadang-kadang mungkin aku tak jaga adab tidur, tapi mungkin ada maksud disebaliknya.
View this post on Instagram
Hal yang membuatkan pendakwah bebas itu amat terkilan apabila orang ramai keluar masuk masjid tanpa mengikuti adab memasuki masjid.

Menerusi hantaran tersebut, rata-rata pengikut Zul bersetuju dengan pertanyaan yang dibuat olehnya itu bahawa masjid adalah tempat yang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai PPV.
tecit
July 6, 2021 at 11:25 am
kecoh la mamat ni. at least mengimarahkan masjid jugak. drpd org xdtg masjid jd dtg. ape la slhnye. bukan depa buat pesta riang ria pon dlm tu. jadah mamat sorg ni.
Anonymous
June 29, 2021 at 10:07 am
Dalam kes nie, tak paham aper masalah dia. Masjid tu bukan tempat untuk beribadat sahaja dan bukan nyer mengandungi ruang solat saja. Memang kite kena jaga adab biler ker masjid or mana2 rumah ibadat pun. Enforcement tu kalau di jaga, tentu takder masalah. Jangan nak perbesarkan isu yang memang takder. Macam2 perangai org skarang nie, haish.
Ara
June 28, 2021 at 7:38 pm
Perkara ni betul ..kalau ikut zaman nabi masjid jadi pusat urusan …org kita bukan jakun mana pun dorg tau menghormati rumah ibadah …sekurang2nya mengimarahkan masjid…
Yg tunggi giliran tu boleh sambil2, solat lagipun dorg bukan guna ruang solat yg betul2 dekat sejadah imam tu…mesti dekat dewan kuliah …kan dlm masjid ada ruang utk majlis nikah..be positif la
Anonymous
June 28, 2021 at 12:17 pm
Hal yang membuatkan pendakwah bebas itu amat terkilan apabila orang ramai keluar masuk masjid tanpa mengikuti adab memasuki masjid. Wajid jaga adap klau berada dlm masjid in general.
Anonymous
June 28, 2021 at 12:20 pm
Correction. Wajid – Wajib
Ra
June 28, 2021 at 3:24 pm
Oh agaknya ye….kesucian masjid tak boleh diperlekeh nanti bala lain yg dtg
Ra
June 28, 2021 at 12:09 pm
Serba salah juga dia ni…kaya dulu nak pesakit covid kuarantin di masjid…amil vaksin apa salahnya
Anonymous
June 28, 2021 at 1:02 pm
Bukan dia dulu beriya nak orang islam sahaja yang di kuarantinkan di masjid suraya senang nak beribadat? Kita kena ingat, masjid ni memang tempat untuk beribadat, but in the end…it’s just a bangunan. Jadi macam mana dekat negara berperang? Masjid digunakan untuk berteduh dari kena bom. Nak jaga adab lagi ke time tu? If kita ni orang islam dah menganggap masjid sebagai sacred, tu dah salah. Solat boleh dibuat di mana2 & masjid or surau ni just tempat untuk berkumpul ramai2 solat. Jangan la taksub sangat dengan bangunan. Rasa2nya ada baik juga dia ni pg ke Gaza & tgk sendiri hidup orang2 Islam yg lain, sbb bukan dia sorang saje org islam & alim.
Batek
June 28, 2021 at 1:10 pm
Haritu bising orang tk boleh ke masjid. Sekarang bising ramai orang pergi masjid. Masjid tempat sembahyang je ke? Org kita bertamadun tahu menghormati tempat ibadah tak kira kuil ke tokong ke ..jgnlah nk memperbesarkan perkara yg tak perlu.