Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kami Masih Rapatkan Saf” – Zul Yahya Mohon Solat Jemaah Di Masjid Dibenarkan Ikut ‘Norma Lama’

Menzahirkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan untuk merapatkan saf ketika menunaikan solat jemaah, posting pelakon Zul Yahya di laman Instagram miliknya undang pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Zul juga dilihat seakan mempersoalkan keyakinan para muslimin terhadap kuasa Allah dan sunnah Nabi S.A.W.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada pihak berwajib agar solat jemaah di masjid dapat dilakukan mengikut norma lama.

“Aku cadangkan buka salah satu masjid di setiap kawasan untuk solat berjemaah ikut norma lama. Kami boleh buat solat hajat perdana dan macam-macam amalan untuk memohon bantuan dari Allah.”

Advertisement

Hal ini demikian kerana, andai dibenarkan, umat Islam dapat menunaikan solat hajat supaya mampu memohon bantuan daripada Illahi.

Katanya lagi, tiada apa yang perlu ditakutkan, jika ada dalam kalangan kita yang belum bersedia cukup hanya sekadar duduk di rumah sahaja.

“Apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apa pula. Tapi bab masjid bagi macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal. Yang tak bersedia duduk diam-diam di rumah.”

Namun begitu, seperti sudah dijangka, entri berkenaan dihujani pelbagai komen daripada netizen.

Ada yang menyokong tindakan pelakon itu, malah ada juga yang tidak bersependapat dengannya kerana lain orang, lain pendiriannya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama