March 5th, 2018

Mengambil sedikit masa untuk membuat permohonan maaf agar isu pelancaran tudungnya di kelab malam tidak terus dipanjangkan lagi, ada segelintir pihak yang mempersoalkan keikhlasan Neelofa memohon maaf.

Terkilan dengan pihak yang mempertikaikan tindakannya itu, Neelofa tidak menolak kemungkinan ada orang ingin mengambil kesempatan atas kontroversi berkenaan.

Pihak syarikat sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya juga sudah memohon maaf kerana menimbulkan nilai-nilai sentimen berikutan majlis yang saya buat. Saya juga sudah menjelaskan satu-persatu di Instagram mengenai perkara itu.

Saya tidak mahu panjangkan isu ini. Saya tahu dalam keadaan sekarang ramai yang mahu ambil kesempatan untuk menonjolkan diri. Namun, saya ikhlas dan ambil setiap komen netizen dari sudut positif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat sepanjang isu ini berlaku. Saya hargai keprihatinan anda semua.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak dan pastinya akan timbul pelbagai tuduhan memandangkan isu tersebut masih lagi belum reda. Buat masa ini harapnya Neelofa banyakkan bersabar ya.

Sumber Berita : Harian Metro

March 1st, 2018

Gara-gara kontroversi beliau melancarkan tudung di kelab malam yang sedang hangat diperkatakan, Neelofa membuat keputusan untuk menarik diri dari menghadiri majlis Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung semalam. Neelofa memberitahu beliau tidak mahu majlis tersebut terganggu dengan isu yang melibatkan dirinya sekarang.

Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini.

Meskipun koleksi turban  #BeLofa “sold out”, Neelofa bagaimanapun telah hilang 100,000 jumlah pengikutnya di Instagram. Neelofa sebelum ini mempunyai 5.5 juta orang pengikut tetapi sekarang cuma 5.4 juta sahaja.

Terdahulu, Naelofar Hijab telah membuat kenyataan permohonan maaf atas kontroversi terbabit yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Mereka akan memastikan kekhilafan itu tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Namun, netizen masih tidak berpuas hati dan terus mengecam Neelofa atas tindakannya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE

March 1st, 2018

Malam tadi, jutawan seleriti Neelofa Mohd Noor telah membuat permohonan maaf rasmi mengenai pelancaran koleksi tudung #BeLofa di semua akaun media sosialnya.

Neelofa menulis:

Setelah memahami dan muhasabah mengenai apa yang berlaku di program NH pada 26 Februari 2018, saya dengan ikhlas hati memohon maaf kerana menimbulkan rasa tertekan dan sentimen negatif atas pemilihan tempat itu di mana pelancaran tudung saya berlangsung.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasi ini dan memberi sokongan.

Kami akan memberikan perhatian lebih di masa hadapan untuk memastikan kami melindungi imej produk ini. Melangkah ke hadapan, kami akan pastikan kami menjenamakan hijab mengikut potensinya yang sebenar selepas ini.

Saya ambil tanggungjawab pada semua keputusan yang telah diambil dan saya hanya boleh belajar dari semua kesilapan. Saya tak sempurna dan saya hormati buah fikiran dan maklumbalas anda semua. Saya benar benar minta maaf. Terima kasih.

Sebelum ini, Neelofa memberitahu, koleksi turban #BeLofa yang menampilkan 45 warna telah habis dijual dalam masa dua minit selepas dilancarkan kepada Nabil Ahmad, pengacara rancangan MeleTop.

Neelofa bagaimanapun menerima kecaman hebat Netizen kerana memilih sebuah kelab malam untuk melancarkan tudung, sehingga mendapat teguran dari Mufti Wilayah Persekutuan, Mufti Perak dan Mufti Negeri Sembilan. – beautifulnara.com

February 28th, 2018

Naelofar Hijab hari ini memohon maaf atas pelancaran koleksi tudung #BeLofa yang dilaksanakan di ruang acara sebuah kelab malam.  Berita Harian Online melaporkan, Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak Neelofa berkata, mereka akan memastikan kekhilafan ini tidak berulang.

Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Sepanjang majlis pada malam itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.

Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup serta merokok dilarang sama sekali sepanjang majlis berkenaan.

Pelbagai pihak termasuk Mufri Wilayah Persekutuan, Mufti Perak dan Mufti Negeri Sembilan turut membuat teguran kepada Neelofa kerana melancarkan tudung di tempat itu:

Semua perkakas termasuk sudu, garpu dan gelas yang digunakan tetamu disediakan syarikat katering terbabit.

Noor Nabila berkata lokasi itu dipilih kerana kemudahan yang terdapat di tempat itu:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Mereka menawarkan ruang untuk disewa sebagai tempat acara pada setiap Ahad dan Isnin kerana premis berkenaan tidak dibuka untuk kunjungan umum.

Selain itu, sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED dan sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan untuk menjayakan majlis itu.

Semuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan pihak terbabit.

Noor Nabila yang juga isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, pihaknya mengambil langkah segera bagi membetulkan keadaan sebaik kontroversi tercetus.

Tiada yang lebih penting daripada mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.

Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini. Kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelak insiden sama berulang.

Kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.

Koleksi tudung #BeLofa dlancarkan pada malam Isnin lepas di ruang acara sebuah kelab malam, dan seterusnya menimbulkan reaksi negatif Netizen. – beautifulnara.com