Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Neelofa Mohon Maaf Lancar Koleksi Tudung Di Kelab Malam

Malam tadi, jutawan seleriti Neelofa Mohd Noor telah membuat permohonan maaf rasmi mengenai pelancaran koleksi tudung #BeLofa di semua akaun media sosialnya.

Neelofa menulis:

Setelah memahami dan muhasabah mengenai apa yang berlaku di program NH pada 26 Februari 2018, saya dengan ikhlas hati memohon maaf kerana menimbulkan rasa tertekan dan sentimen negatif atas pemilihan tempat itu di mana pelancaran tudung saya berlangsung.

Advertisement

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasi ini dan memberi sokongan.

Kami akan memberikan perhatian lebih di masa hadapan untuk memastikan kami melindungi imej produk ini. Melangkah ke hadapan, kami akan pastikan kami menjenamakan hijab mengikut potensinya yang sebenar selepas ini.

Saya ambil tanggungjawab pada semua keputusan yang telah diambil dan saya hanya boleh belajar dari semua kesilapan. Saya tak sempurna dan saya hormati buah fikiran dan maklumbalas anda semua. Saya benar benar minta maaf. Terima kasih.

Sebelum ini, Neelofa memberitahu, koleksi turban #BeLofa yang menampilkan 45 warna telah habis dijual dalam masa dua minit selepas dilancarkan kepada Nabil Ahmad, pengacara rancangan MeleTop.

Neelofa bagaimanapun menerima kecaman hebat Netizen kerana memilih sebuah kelab malam untuk melancarkan tudung, sehingga mendapat teguran dari Mufti Wilayah Persekutuan, Mufti Perak dan Mufti Negeri Sembilan. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

96 Comments

  1. Anonymous

    March 2, 2018 at 2:14 am

    Ingat lagi masa mula2 konon dia bermula memakai hijab. Katanya random je dia buka Al Quran dan Surat An Nur ayat 31: “menceriakan tentang aural dan tutuplah dadamu dengan kerudung”. Masa tu cam nampak sgt perubahan. Last2 dia lupa ke ayat tu? Makin lama makin sing kat dan terus tayang telinga, leher dan anak rambut. Adalah sudah benar2 berubah???

  2. kakyam

    March 2, 2018 at 12:24 am

    rasa segan pulak nk pakai tudung yg ada tag naelofar ni. perlu ke aku bakar semua koleksi yg aku ada?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top