Written by Bella | September 18th, 2018

Umum mengetahui penyanyi BBNU, Ismail Izzani kini sedang dihimpit kontroversi yang sangat hangat apabila tidak mahu membayar hutang bil hotel berjumlah RM 398.85 kepada pelakon Zarina Anjoulie. Ismail didakwa telah menggunakan bilik hotel atas Zarina untuk memadu asmara dengan teman wanitanya.

Disebabkan kontroversi itu, pelbagai kritikan dan kecaman dilemparkan kepada Ismail terutama sekali apabila beliau juga dikatakan mabuk di kelab malam.

Pernah mengeluarkan air mata dan megakui emosinya terganggu kerana hal itu, kini Ismail sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila memuat naik kenyataan sensitif menyalahkan Melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri hanya kerana beliau dilanda kontroversi.

Buat netizen, apa yang dikatakan oleh Ismail itu tidak wajar, sedangkan apa yang berlaku kepadanya kini adalah hasil perbuatannya sendiri. Mengapa pula perlu bangkitkan isu Melayu suka jatuhkan Melayu?

Sebab itu orang kata, kalau hendak masuk dunia hiburan ini hati kena kental. Sejujurnya, pada pendapat kami isu ini tidak akan berpanjangan kalau kedua-dua pihak boleh duduk dan selesaikan secara baik. Ada juga netizen yang mengatakan Ismail bayar sahaja hutangnya dan perkara ini boleh selesai, tidak perlu menuding jari kepada orang lain.

Sumber Berita : Twitter Alan Al Padat

Written by Bella | September 13th, 2018

Dikecam teruk kerana berparti di kelab malam sambil merangkul pinggang pelakon Zarina Anjoulie, penyanyi remaja Ismail Izzani mengakui kontroversi itu memberikan kesan yang cukup besar dalam hidupnya kini sehingga merasa tidak tenang dan sukar untuk tidur malam.

Namun, disebalik apa yang berlaku, ada pula netizen yang mengatakan ia mungkin juga sekadar gimik untuk mempromosikan lagu baru beliau.

Iyalah, sudah beberapa kali netizen tertipu dengan artis-artis yang sengaja cipta kontroversi, menjual air mata dan menagih simpati tetapi akhirnya untuk lariskan karya terbaru mereka sahaja.

Namun, Ismail menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan isu hangat itu mencalarkan maruah dan imejnya sebagai penyanyi.

Saya tak perlu gimik-gimik macam ini untuk promosi lagu kerana isu itu membabitkan maruah dan hanya memalukan sahaja. Sebaliknya, boleh menutup punca rezeki saya sebagai penyanyi, ia bukan gimik yang direka-reka dan saya tak perlu kontroversi itu.

Ismail bagaimanapun akui beliau ada merancang untuk melancarkan single terbarunya sebelum ini, tetapi terpaksa ditunda sehingga kontroversi yang melanda dirinya kini sudah selesai.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | September 9th, 2018

Seperti biasa, dunia hiburan tempatan tidak pernah sunyi daripada sebarang gosip panas mahupun kontroversi. Sebagai seorang selebriti, memang mereka perlu menghadapi semua ini.

Sambil anda semua tengah santai sempena cuti yang agak panjang, jom kita imbas kembali berita-berita paling hangat dan cukup sensasi sepanjang minggu ini.

Antara yang paling hangat ialah berkaitan isu hutang, seorang penyanyi hutang dengan artis lain lepas didakwa ‘tidur’ dengan teman wanita, selain itu ada pula adik lelaki seorang pelakon yang gaya sahaja mewah tetapi rupa-rupanya guna duit orang lain.

Nak tahu lagi berita lebih panas? Jom kita layan Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | September 5th, 2018

Masih tidak habis lagi kontroversi antara Ismail Izzani, Zarina Anjoulie dan juga Fathia Latiff. Setiap hari netizen terus tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya antara mereka bertiga.

Terbaru, Zarina akhirnya mendedahkan isu sebenar beliau bersama Ismail menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya. Menurut Zarina,  Ismail telah menggunakan bilik hotel atas namanya untuk memadu asmara dengan teman wanitanya dan turut memesan makanan melalui ‘room service’.

Walaubagaimanapun, penyanyi remaja itu tidak menjelaskan langsung bayaran yang dikenakan sehingga mencecah ratusan ringgit, oleh kerana bilik itu atas nama Zarina, beliau pula yang kena menanggung segala hutang. Ismail.

Zarina juga membidas komen netizen mengatakan beliau dan Fathia sengaja ingin mencari perhatian ataupun publisiti murahan. Katanya, beliau mempunyai bukti yang kukuh termasuklah foto Ismail yang sedang mabuk bersama teman wanitanya.

Wow, agak panas juga segala pendedahan Zarina kali ini. Adakah benar Ismail bersikap sebegitu?