September 13th, 2018

Dikecam teruk kerana berparti di kelab malam sambil merangkul pinggang pelakon Zarina Anjoulie, penyanyi remaja Ismail Izzani mengakui kontroversi itu memberikan kesan yang cukup besar dalam hidupnya kini sehingga merasa tidak tenang dan sukar untuk tidur malam.

Namun, disebalik apa yang berlaku, ada pula netizen yang mengatakan ia mungkin juga sekadar gimik untuk mempromosikan lagu baru beliau.

Iyalah, sudah beberapa kali netizen tertipu dengan artis-artis yang sengaja cipta kontroversi, menjual air mata dan menagih simpati tetapi akhirnya untuk lariskan karya terbaru mereka sahaja.

Namun, Ismail menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan isu hangat itu mencalarkan maruah dan imejnya sebagai penyanyi.

Saya tak perlu gimik-gimik macam ini untuk promosi lagu kerana isu itu membabitkan maruah dan hanya memalukan sahaja. Sebaliknya, boleh menutup punca rezeki saya sebagai penyanyi, ia bukan gimik yang direka-reka dan saya tak perlu kontroversi itu.

Ismail bagaimanapun akui beliau ada merancang untuk melancarkan single terbarunya sebelum ini, tetapi terpaksa ditunda sehingga kontroversi yang melanda dirinya kini sudah selesai.

Sumber Berita : mStar Online


11 responses to “Ismail Izzani Nafi Kontroversi Berpelukan Dengan Zarina Anjoulie Hanya Gimik Untuk Promosi Lagu”

  1. Anonymous says:

    bukak jela tudung tu anju oi.

  2. Anonymous says:

    Bosan la tgk muka budak belum baligh lg nie. Next!!

  3. Anonymous says:

    muke nerd gile tp dh rosakkan anak dara org…muda2 lg dh terdedah dgn seks bebas…tkut2 dh besar dpt penyakit kelamin…doa laa semoga ko x dpt hiv mael oii…

Loading...