Written by Bella | September 3rd, 2018

Gara-gara memuat naik foto berada di kelab malam bersama penyanyi Ismail Izzani dan rakan baiknya Zarina Anjoulie, pelakon Fathia Latiff dihimpit gosip mengatakan beliau mempunyai hubungan dengan penyanyi remaja itu.

Ramai yang mengkritik adakah Fathia begitu ‘kesepian’ tanpa teman lelaki sehingga sanggup bercinta dengan Ismail yang jauh lebih muda daripadanya.

Bagaimanapun, Fathia menafikan dakwaan itu dan menjelaskan sebab sebenar mengapa beliau memuat naik foto penuh kontroversi itu di akaun Instagramnya.

Saya tidak berkawan mahupun bercinta dengan penyanyi Ismail Izzani seperti digosipkan itu. Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina yang memang berkawan dengannya. Saya memang berkawan baik dengan Zarina dan memuat naik foto terbabit di laman instagram kerana permintaan Zarina sendiri.

Zarina meminta bantuan saya memuat naik foto itu kerana mahu mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini. Kalau saya mahu mencari pengganti sekali pun, saya tidak akan berkawan dengan budak mentah seperti Ismail.

Fathia tidak mahu dirinya terus dikaitkan lagi dengan Ismail. Jika ada sesiapa yang ingin mengetahui cerita lanjut mengenai foto kontroversi yang tersebar itu bolehlah bertanya kepada Zarina sendiri tentang apa yang berlaku antara beliau dan Ismail.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | September 3rd, 2018

Kontroversi hangat penyanyi Ismail Izzani memeluk Zarina Anjoulie di kelab malam sehingga hari ini masih lagi menjadi bualan netizen. Turut terpalit dengan isu tersebut adalah ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam.

Menurut Suliza yang juga seorang penyanyi era 1980-an, anaknya itu sudah pun tampil menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Tambah beliau lagi, Ismail memang seorang anak yang baik dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.

Dia ada menghubungi saya untuk meminta maaf, tetapi saya tidak bercakap banyak. Rasanya lebih baik kami bertemu dan bersemuka untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Ketika isu foto itu hangat diperkatakan, saya berada di Jakarta, Indonesia dan hanya pulang ke tanah air hari ini.

Biarlah kita bersangka baik dengan semua orang. Bagi saya, Ismail anak yang baik dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Bukan mudah apabila menjadi artis yang dikenali ramai kerana saya pernah melaluinya. Banyak perkara yang perlu dikorbankan.

Walaupun pelakon Fathia Latiff yang mula menyebarkan foto tersebut dengan memuat naiknya di akaun Instagram, pihak Ismail bagaimanapun enggan menyalahkan sesiapa dalam isu tersebut. Terdahulu, pihak pengurusan Ismail memberitahu penyanyi itu memohon maaf  dan turut merasa kesal dengan kontroversi yang berlaku.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | September 2nd, 2018

Hai! Kembali lagi bersama kami di Beautifulnara untuk kita tampilkan senarai gosip dan kontroversi hangat sepanjang minggu ini.

Antara topik sensasi minggu ini berkaitan isu palsu, barangan kemas ‘fake’ dan kenyataan orang pun ada yang sekadar ingin mencetuskan gimik untuk filem.

Ada pula selebriti yang ‘kantoi’kan rakan sendiri sedang berpelukan dengan seorang penyanyi remaja. Nak melabur? Ketahui pelaburan kripto wang yang baru sahaja dilancarkan tetapi sebenarnya diharamkan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Lebih panas lagi, seorang penyanyi lain yang lebih muda boleh kritik cara penjurian penyanyi nombor satu negara! Semuanya dalam senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini. Jom layan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | September 1st, 2018

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pelakon Fathia Latiff yang juga BFF Zarina Anjoulie memuat naik foto rakannya itu tidak bertudung serta berpakaian seksi dan berpelukan dengan penyanyi Ismail Izzani di sebuah kelab malam.

Pelbagai spekulasi yang timbul tentang kemesraan mereka itu termasuklah ada pihak mempertikaikan bagaimana Mael boleh masuk ke kelab malam sedangkan umur beliau baru sahaja 18 tahun.

Susulan kelakuan mereka yang tidak senonoh itu, pihak pengurusan Mael telah memohon maaf dan memberitahu penyanyi itu cukup kesal dengan keterlanjuran itu.

Secara jujurnya, Ismail sudah pun memohon maaf kepada pihak pengurusan dan juga kepada Mama dan keluarganya. Beliau kesal dan Insyaallah kami akan sentiasa berada di sisi beliau untuk terus memberi sokongan dari segala aspek. Lagi-lagi pada waktu sukar seperti begini.

Bagaimanapun, pihak media buat masa ini gagal untuk mendapatkan komen lanjut mengenai kontroversi hangat ini daripada mulut Mael sendiri.

Terdahulu, Fathia ada meminta artis remaja itu menghubungi Zarina. Namun, foto penuh kontroversi tersebut telah dipadam oleh Fathia selepas menerima kecaman daripada netizen. Malah, beliau juga sudah menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.

Sumber Berita : mStar Online