Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tak Bercinta Dengan Ismail Izzani, Dia Bukan ‘Taste’ Saya – Fathia Latiff

Gara-gara memuat naik foto berada di kelab malam bersama penyanyi Ismail Izzani dan rakan baiknya Zarina Anjoulie, pelakon Fathia Latiff dihimpit gosip mengatakan beliau mempunyai hubungan dengan penyanyi remaja itu.

Advertisement

Ramai yang mengkritik adakah Fathia begitu ‘kesepian’ tanpa teman lelaki sehingga sanggup bercinta dengan Ismail yang jauh lebih muda daripadanya.

Bagaimanapun, Fathia menafikan dakwaan itu dan menjelaskan sebab sebenar mengapa beliau memuat naik foto penuh kontroversi itu di akaun Instagramnya.

Saya tidak berkawan mahupun bercinta dengan penyanyi Ismail Izzani seperti digosipkan itu. Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina yang memang berkawan dengannya. Saya memang berkawan baik dengan Zarina dan memuat naik foto terbabit di laman instagram kerana permintaan Zarina sendiri.

Zarina meminta bantuan saya memuat naik foto itu kerana mahu mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini. Kalau saya mahu mencari pengganti sekali pun, saya tidak akan berkawan dengan budak mentah seperti Ismail.

Fathia tidak mahu dirinya terus dikaitkan lagi dengan Ismail. Jika ada sesiapa yang ingin mengetahui cerita lanjut mengenai foto kontroversi yang tersebar itu bolehlah bertanya kepada Zarina sendiri tentang apa yang berlaku antara beliau dan Ismail.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 Comments

  1. keling sendol

    September 17, 2018 at 12:20 pm

    nak habak sikit … kenape lah fathia upload gmbar tu kat instagram die. sah2 lah ramai orang tengok . tak dapat ke fathia tnya elok2 . dm ke whatsapp ke. zaman sekarang ni dah bnyk technology canggih. media social pun mcm2 daa .. taudah ramai follower kat instagram, tak rase ke perbuatan tu boleh menjatuhkan? mael tu ade mak . kau tak faham ke perasaan mak die dengan anak kena kutuk mcm2.

  2. Makcik Cabai

    September 5, 2018 at 8:28 am

    I hope you will find the strenght to change yourself and fly again like butterfly…
    Always pray for fathia….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top