July 13th, 2015

Sehingga ke hari ini masih ramai yang tertanya-tanya sudah berapa lamakah Lisa Surihani mengandung. Sejak berita kehamilannya diketahui Februari lalu, Lisa dan Yusry tidak pernah mengumumkan usia kandungan bakal anak mereka. Kedua-duanya memang berahsia sungguh. Banyak tekaan yang dilakukan. Berdasarkan gambar terbaru Lisa, ada yang menjangkakan usia kandungan Lisa Surihani sudah mencecah 8 bulan. Ternyata itu tidak benar.

lisa surihani hamil

gambar ihsan Instagram RNNadiaSabrina

Yusry telah memaklumkan yang Lisa dijangka melahirkan anak sulung mereka pada bulan September ini. Berdasarkan pengiraan kasar, usia kandungan Lisa telah pun mencecah usia 7 bulan. Alhamdulillah. Bakal ibu dan anak kedua-duanya nampak sihat secara luaran. Lisa tetap maintain comel. Pastinya Lisa dan Yusry tengah teruja. Hanya 2 bulan sebelum dapat menatap cahaya mata mereka.

lisa surihani hamil

Semoga semuanya berjalan lancar buat Lisa Surihani. Teruskan menjaga kesihatan sehingga hari kelahiran. Semoga ia dipermudahkan kelak. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.

lisa surihani hamil
lisa surihani hamil

lisa surihani hamil
lisa surihani hamil
lisa surihani hamil

March 24th, 2015

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan filem Cicakman 3. Kutipan untuk filem yang diterajui oleh Zizan Razak dan Lisa Surihani ini sudah pun mencecah RM2.5 juta untuk tempoh 10 hari tayangannya. Ini adalah satu prestasi yang amat memberangsangkan lebih-lebih lagi di kala kemerosotan jumlah kutipan filem tempatan. Malah, ia lebih membanggakan kerana persaingan daripada filem Hollywood seperti Chappie dan Cinderella yang turut ditayangkan pada waktu yang sama.

cicakman 3

Abang Nara dah tengok dah filem Cicakman 3 ini. Secara jujur, ia memang sebuah filem yang kelakar. Memang tergelak besar lebih-lebih lagi apabila muncul watak Bell Ngasri. Lawak Bell Ngasri memang menjadi. Filem ini juga mengangkat tema kekeluargaan apabila watak Zizan dan watak Lisa Surihani hampir bercerai kerana sikap Zizan yang tidak mahu berubah.
cicakman 3

Buat yang belum menonton, silalah pergi ke pawagam berhampiran untuk melihat Cicakman 3. Sekali sekala sokong filem tempatan apa salahnya kan? Tahniah sekali lagi buat semua krew-krew Cicakman 3. Hasil usaha keras anda berbaloi dengan jumlah kutipan ini. Tahniah!!

February 9th, 2015

Berita kehamilan Lisa Surihani baru-baru ini memang menggembirakan kesemua peminat pelakon jelita ini. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang satu Malaysia teruja dengan berita ini. Walaupun tidak diketahui sudah berapa lama usia kandungan Lisa, satu gambar yang dikongsikan oleh Sharifah Amani telah menunjukkan yang ‘baby bump’ isteri kepada Yusry ini sudah mula kelihatan.

lisa surihani

Gambar ‘baby bump’ ini telah membuatkan para peminat melahirkan keterujaan mereka. Ramai yang mengucapkan tahniah, melahirkan rasa gembira dan berseronok dengan perkembangan ini. Malah ramai yang tak sabar mahu melihat kandungan itu membesar. Abang Nara percaya Lisa dan Yusry adalah orang yang paling teruja. Mesti tiap-tiap hari cakap dengan baby dalam perut.
lisa surihani

Semoga segalanya berjalan lancar buat Lisa Surihani. Trimester pertama adalah yang paling kritikal. Kena banyakkan berehat. Jangan buat kerja berat. Kalau boleh duduk di rumah je. Sama-samalah kita doakan agar semuanya selamat sehingga hari kelahiran kelak. Amin.

January 28th, 2015

Jutaan tahniah diucapkan kepada Lisa Surihani dan Yusry atas berita gembira ini. Lisa Surihani sebentar tadi di majlis sidang media pelancaran trailer Cicakman 3 telah mengesahkan desas-desus kehamilannya yang bertiup kencang selama ini. Pelakon kesayangan ramai itu kini mengandung selepas mendirikan rumahtangga hampir 3 tahun dengan Yusry. Alhamdulillah. Memang ini satu berita yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat mereka berdua.

lisa surihani mengandung

Berita gembira tersebut tidak diumumkan kerana ia masih terlalu awal untuk dikongsikan dengan orang ramai. Kata Yusry:-

Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh. Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama

Sementara itu Lisa memaklumkan yang dia hanya mengikut pesanan orang tua agar tidak menghebohkan berita kehamilan ini kerana terlalu awal. Kata Lisa:-

Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya

lisa surihani mengandung

Tahniah buat Lisa dan Yusry. Ini pasti hadiah yang terbaik sempena ulangtahun perkahwinan ke 3 mereka pada 24 Februari ini. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Awal-awal kelahiran ini banyakkanlah berehat. Jangan buat kerja berat. Tak sabar nak menatap wajah anak anda. Sumber Berita Harian.