Written by Bella | September 19th, 2018

Masa kini berlalu dengan pantas sekali, dalam diam rupa-rupanya pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang anak yang cukup comel.

Menurut Lisa, beliau dan suami sudah bersedia untuk menambah lagi cahaya mata tahun depan.

Kami mahu segera menambah anak kerana usia suami sudahpun mencecah 45 tahun. Takkanlah, bila usia suami mencecah 60 tahun dan sudah pencen, anak-anak kami masih kecil dan belajar lagi? Kami juga sangat mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang.

Jika nak diikutkan, kami sudah bersedia pada bila-bila masa pun tetapi semuanya bergantung pada rezeki dari Allah SWT. Kalau boleh kami mahukan sepasang anak iaitu lelaki dan perempuan selepas ini.

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasanga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Kami berdoa agar hasrat pasangan ini untuk memiliki zuriat lagi akan termakbul.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | April 19th, 2018

Abang Nara membesar dengan lagu-lagu nyanyian kumpulan KRU yang terdiri daripada gandingan 3 adik beradik Edry, Yusry dan Norman. Lagu-lagu seperti Janji Tinggal Janji, Apa Saja, Fanatik, Awas dan Di Dalam Dilema sememangnya menjadi siulan mereka yang sebaya dengan diri ini. Sedikit sebanyak, Abang Nara sedih juga dengan pengumuman pembubaran KRU selepas 25 tahun mewarnai dunia seni tanah air.

kru dibubarkan

Namun bak kata pepatah, setiap permulaan pastinya ada pengakhirannya. 25 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama untuk mana-mana artis bertahan. Terima kasih diucapkan kepada KRU atas segala lagu-lagu, tarian-tarian dan persembahan-persembahan hebat sepanjang karier anda. Yusry, Sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan juga bersempena pembubaran ini, para peminat KRU boleh menghadiri konsert terakhir mereka yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 4 – 6 Mei ini. Tiket tengah laku bak pisang goreng panas. Jadi kenalah cepat.

kru dibubarkan

Apakah kenangan atau lagu favourite KRU anda? Abang Nara pasti ada beberapa buah lagu KRU yang anda layan terutama ketika clash dengan awek dulu. Hehehe. Kongsikan di ruangan komen. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi buat Edry, Yusry dan Norman. Semoga berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi selama ini. Good luck and all the best.

Written by Bella | July 5th, 2017

Syawal buat pasangan Lisa Surihani dan Yusry pada tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran cahaya mata kedua mereka, Yusof Leonne.  Bersempena dengan hari raya, Lisa ada memuat naik beberapa foto anak lelakinya itu di akaun Instagram miliknya.

Foto tersebut mencuri perhatian netizen dan rata-rata memuji kecomelan Yusof. Peminat juga teruja kerana Lisa sudi untuk berkongsi foto Yusof kerana umum mengetahui beliau dan suami tidak mahu terlalu mendedahkan foto anak-anak mereka.

Memang comel betul Yusof kan? Iyalah, bapanya kacak ibunya pula cantik dan manis orangnya. Hehe.. Semoga membesar menjadi seorang anak yang soleh.

Written by AbangNara | May 1st, 2017

Tanggal 23 April lalu, Lisa Surihani dan Yusry telah pun selamat menerima kehadiran anak kedua mereka. Dengan kehadiran si comel ini, maka lengkaplah sepasang seorang lelaki dan seorang perempuan di dalam keluarga mereka. Menerusi Instagram semalam, Lisa Surihani dan Yusry telah berkongsi nama anak lelaki mereka ini iaitu “Yusof Leonne”.
lisa surihani yusof leonne

Sudah tentu kehadiran Yusof Leonne akan menceriakan dan melengkapkan lagi keluarga selebriti ini. Pastinya juga Yahaira Leanne teruja dengan kehadiran adiknya ini. Semoga Yusof Leonne membesar dengan sihat sejahtera.
yusof leonne

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Lisa dan Yusry atas kehadiran Yusof Leonne. Sumber Instagram Lisa Surihani.