Written by Bella | September 12th, 2019

Siapa yang tidak tahu dengan kisah cinta pelakon Ruhainies dan Mr E. Betapa bertuahnya dia mendapat seorang kekasih yang romantik dan sering memanjakannya.

ruhainies

Namun, sehingga hari ini Ruhainies masih lagi berahsia mengenai identiti sebenar dan enggan mendedahkan wajah kekasihnya itu walaupun mereka sudah hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Meskipun tidak pernah mendedahkan siapa Mr E, ramai juga wanita miang yang sering mendekati dan menggoda teman lelakinya di media sosial. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia mereka tidak pernah berbalah mengenai perkara itu kerana saling percaya antara satu sama lain.

kekasih ruhainies

Saya rasa cubaan menggoda buah hati saya tu merupakan perkara biasa, tambahan kami belum lagi mendirikan rumah tangga. Orang yang dah kahwin pun diganggu, apatah lagi kami yang belum mengikat sebarang ikatan yang sah ini.

Ada orang kata teman lelaki saya digoda wanita lain kerana saya sendiri tidak mendedahkan wajahnya, namun bagi saya dia mungkin akan lebih digoda jika saya dedahkan identitinya kepada khalayak.

kekasih ruhainies Dalam bercinta kita harus jujur dengan pasangan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Apa-apa pun, semoga Ruhainies dan kekasih terus bahagia serta hubungan mereka kekal sehingga ke jenjang pelamin.

Sumbe Berita : mStar Online

Written by Bella | September 11th, 2019

Sedang berbahagia menjalin hubungan cinta bersama kekasih yang dikenali sebagai Mr E, pelakon Ruhainies bersikap terbuka mempamerkan kemesraan mereka di media sosial. Memuji betapa romantik cinta hatinya itu membuatkan dia terasa amat disayangi.

ruhainies

Baru-baru ini kekasihnya sanggup membawa sepinggan nasi kandar masuk ke dalam kereta dan menyuap Ruhainies makan. Memang ‘feeling’ habis bila dimanjakan dan dapat makan dalam kereta mewah Ferrari pula tu. Makin berbunga-bunga hati Ruhainies.

ruhainieskekasih ruhainies

Namun, disebalik momen manis itu, rata-rata netizen mula melabelkan Ruhainies seorang yang mengada.

Orang lain mengada juga tapi tak ada

susahkan ‘boyfriend’ macam ini

ruhainies mengadaruhainies kekasihruhainies

Ramainya ‘bitter’, sakit hati sangat ke

tu?

ruhainies ferrari

Ruhainies menyifatkan netizen yang mengecamnya sebenarnya cemburu melihat kemesraannya dengan kekasih.

Harapnya Ruhainies dan Mr E kekal romantik dan saling mencintai sebegini sehingga selamanya. Dah bolehcepat-cepat halalkan hubungan, tak ada lah orang nak kecam lagi ye dak?

Written by Bella | July 22nd, 2019

Tidak dinafikan, ramai juga wanita yang “gerun” bila mengetahui kekasih ataupun bakal suami mereka ‘anak emak’. Iyalah, dalam masyarakat kita ada sesetengah yang percaya dengan presepsi kurang baik mengenai seorang anak lelaki yang rapat dengan emak mereka, takut kalau hubungan dengan bakal mentua bermasalah. Namun, tidak semuanya begitu.

Buat pelakon Ruhainies yang bakal berkahwin tidak lama lagi, dia sendiri mengakui tidak kisah teman lelakinya itu ‘anak emak’. Ruhainies bertuah mempunyai bakal mentua yang penyayang dan memahami.

Alhamdulillah hubungan saya dengan bakal ibu mentua baik-baik saja dan tiada sebarang masalah. Tidak dinafikan kekasih seorang ‘anak emak’ dan saya okey saja. Saya tahu dia selalu keluar berdua dengan ibunya. Bagi saya lelaki yang rapat dengan ibu dia perlu tahu tanggungjawab dan peranan. Dia perlu tahu apabila sudah berkahwin nanti keutamaan turut diberikan kepada isteri.

Sepanjang kami berkawan hampir dua tahun ini, saya juga sering mengingatkan dia untuk membawa ibunya berjalan jika kami sering menghabiskan masa bersama.

Ibunya tidak pernah menghalang Mr E yang sering pulang ke Malaysia untuk bertemu saya memandangkan dia mempunyai perniagaan di London. Kadangkala ibunya juga selalu mengajak saya keluar berjalan dan meluangkan waktu bersama.

Eksklusif bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 27, Ruhainies berkongsi sedikit identiti kekasihnya itu yang selama ini menjadi rahsia. Nama Mr E yang sebenarnya adalah Johan.

Penulis dah tahu siapakah cinta hati Ruhainies, cuba korang pula yang teka?

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | May 9th, 2019

Pelakon Ruhainies begitu terbuka mengenai kisah percintaannya dengan teman lelaki dikenali sebagai Mr E yang merupakan ahli perniagaan, menetap di London serta mempunyai tiga cawangan butik di tanah air. Ruhainies sering berkata buah hatinya itu seorang yang penyayang dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, ramai yang tertanya kenapa Ruhainies sehingga hari ini masih lagi tidak mendedahkan wajah kekasihnya itu?

Menurut Ruhainies beliau belum bersedia untuk memperkenalkan teman lelakinya kepada umum kerana risau jejaka itu akan terkena tempias popularitinya.

Nak kata sorok boyfriend tu tidaklah, sebab saya selalu keluar bersama dia. Cuma, saya belum bersedia untuk kenalkan dia kepada peminat. Lagipun kehidupan seorang selebriti ini, kemana sahaja kita pergi, apa sahaja kita lakukan orang akan perhati. Saya tak mahu dia rasa perkara sama.

Sebelum ini saya tak pernah buat kenyataan ada boyfriend. Tetapi kali ini, saya anggap dia seorang yang sangat istimewa dan betul-betul serius dalam hubungan ini. Kami jujur sesam sendiri, berkongsi apa yang dilakukan setiap hari, kami juga ada merancang untuk ke fasa seterusnya.

Kita doakan yang terbaik dan semoga hubungan Ruhainies dan Mr E berkekalan sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : mStar Online