October 23rd, 2019

Sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Mr E, kisah Ruhainies dan kekasihnya itu sering menjadi perhatian ramai. Betapa bertuahnya pelakon wanita itu disayangi dan dimanjakan penuh kasih sayang.

ruhainies

Hampir tiga tahun menyulam cinta, Ruhainies akui kisah percintaan mereka juga turut mempunyai dugaan sama seperti pasangan lain.

Meskipun tidak pernah mendedahkan siapa Mr E, ramai juga wanita yang sering mendekati dan menggoda teman lelakinya. Malah, ada juga dikalangan artis yang mahu mencuba memancing hati kekasihnya itu.

kekasih ruhainies

Tipulah kalau bercinta tidak ada dugaan. Saya pun macam orang lain juga, ada pancaroba dalam perhubungan.

Ada juga orang yang cuba kacau kekasih saya. Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak mati. Belakang saya, mereka galak mencuba. Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah.

ruhainies

Bagaimanapun, buat masa ini mereka tidak tergesa-gesa untuk berkahwin memandangkan usia mereka masih muda.  Ruhainies juga ingin memberikan ruang kepada kakaknya, Risteena Munim untuk bernikah terlebih dahulu.

Sumber Berita : Harian Metro


23 responses to “Ruhainies Dedah Rakan Artis Cuba Goda Kekasihnya”

  1. FA says:

    Aku sampai sekarang sumpah tak tahu kau ni artis dalam bidang apa . Kalau pelakon cerita apa kalau penyanyi lagu apa . Kenal kau pun dari gosip gini lah ni

  2. mimi says:

    Have it ever crossed your mind yang kawan artis lain tu tak tau tu boyfriend u ke? dah u rahsia sangat kan. Maybe bf u yang tak mengaku dia bf ruhainies.. hehe

  3. NAAA says:

    KALAU YAKIN BOLEH DAPAT, CUBALAH? HAHHAA KO JGN MCM2 RUHAINIES. KANG ORG GUNA2 KAN PAKWE KO TU, TAHULA. MULUT JANGAN LANCANG SGT. AKU PN HAIRAN, PKWE MUKA BIASA JE. WLPN KO SIBUK BLUR2 KAN, LAIN LA MCM MUKA FARIS, SUAMI ELFIRA LOY. NSEM GAK. SNG CTE MCMNILA, BAIK KO DDUK DIAM2. NI 24/7 SETIAP MASA PSL BF KO. KAWIN NYA IDOK. FARAH NABILAH YG LG FEMES N BLAKON LG BEST DRI KO PN, TAU2 JE DH NK KWEN. YG KO..?ALAH2…

Loading...