October 25th, 2019

Sering berkongsi kisah cintanya dengan Mr E berbanding kerjayanya, tidak dinafikan ada sesetengah netizen yang seakan sudah mula bosan dengan pelakon Ruhainies. Malah, apa sahaja yang dia lakukan akan dikecam.

ruhainies

Mengakui sedikit tertekan dengan ‘haters’ yang tidak berhenti mencari kesalahan dirinya, Ruhainies bagaimanapun cuba untuk tidak melayan segala aura negatif.

Artis antarabangsa pun tertekan sehingga mengalami depresi, apatah lagi saya. Saya juga rasa sedikit tertekan jika berdepan dengan kerenah netizen.

ruhainies

Bagi saya, pegangan agama itu sangat penting. Bila rasa stress, fikirkan mengenai orang yang sayangkan kita. Kita ada keluarga dan rakan-rakan yang sayangkan kita, jadi jauhkan diri dari aura negatif.

Ruhainies berkata dia akan menyekat sesiapa sahaja yang memberikan komen-komen melampau di media sosial.

ruhainies

Ada segelintir netizen makin lama makin melampau. Bila nak kutuk tu, mereka kutuk macam tiada hari esok. Kadang-kadang terkejut melihat mereka mengeluarkan kata-kata makian paling maksimum.

Bagi saya, jika ada yang melampau, sekat sahaja. Itu ubat yang paling mujarab untuk mereka. Saya hanya mahu mengekalkan suasana positif dan tak membalas perkara yang bukan-bukan. Mereka yang bersifat negatif tidak layak mendapat layanan saya.

ruhainiesLumrah hidup sebagai seorang selebriti pasti akan dikritik apatah lagi dengan kewujudan media sosial. Bukan mudah hendak terus bertahan dalam industri hiburan, hati kena kental.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto :  Budak Tadika


22 responses to “Saya Rasa Tertekan Dengan Kerenah Netizen – Ruhainies”

  1. korok says:

    hahaha…sendiri create citer pastu meroyan…nmpk sgt sendu ko ni…kawin je la ngan jantan kaya tu…berlakon pun kerat mana je

  2. Nadaceritalain says:

    Iatah kau ani. Luan bah kan kongsi cerita boyfriend sja. Mcm kau saja yang bboyfriend

Loading...