February 25th, 2020

Isu selebriti wanita membuka tudung bukanlah perkara baru dan mereka sering memberikan alasan diri tidak bersedia, enggan menjadi hipokrit semata-mata mengikut kehendak orang lain.

a.aida ustaz kazim elias

Seperti baru-baru ini, penampilan terbaru Datuk A.Aida yang tidak lagi mengenakan hijab mendapat perhatian ramai. Menurutnya, bila bertudung agak sukar untuk berfesyen.

Perkara itu turut mendapat perhatian penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias yang mengatakan artis yang membuka tudung sebenarnya sudah mendapat ‘hidayah’ ketika bertindak menutup rambut dan kepalanya, namun menolak ‘hidayah’ yang telah dikurniakan.

Ustaz Kazim turut memberikan contoh seorang artis yang memakai tudung kerana menurut perintah suami, namun selepas bercerai mengambil keputusan untuk membuka semula hijab kerana tidak mahu hipokrit.

Meskipun pendakwah itu tidak menyebut nama mana-mana artis, A.Aida akui kata-kata itu ditujukan kepadanya. Bagaimanapun, dia tidak cepa melatah mahupun berkecil hati kerana apa yang disampaikan itu adalah perkara baik.

a.aida buka tudung

Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah, ia bermakna kita ni masih disayangi ramai. Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar.

Baguslah kalau tidak cepat sentap, siapa tahu selepas mendengar ceramah tersebut satu hari nanti pintu hati A.Aida akan terbuka dan benar-benar bersedia untuk berhijab semula. Doakan yang baik-baik.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Video : Zon Ilmu

Advertisement
January 3rd, 2018

Risau dengan keadaan sahabat baiknya, Iqram Dinzly, pelakon Johan As’ari memberitahu beliau ada melawat Iqram dan membawa beliau bertemu dengan ahli agama terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias.

Menerusi akaun Facebook Ustaz Kazim, beliau meluahkan rasa gembira dapat bertemu dengan Iqram dan Johan. Beliau berpendapat Iqram seorang insan  yang mempunyai pemikiran yang halus.

Menerima kunjungan Iqram, sudah lama tak jumpa dia, syukur dia sihat, okey sangat. Lama jugak borak dengan dia tadi. Halus pemikiran dia. Saya sampaikan juga nasihat kepada dia. Ceria dan sejuk memandang mereka. Insya-Allah, Johan akan belajar di Al-barakah begitu juga dengan Iqram cuma, dia perlu menemani ibunya yang masih dalam edah. Tahniah Iqram dan Johan. Saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat.

Bertuah sungguh Iqram dan Johan dapat bertemu dengan Ustaz Kazim dan akan mendalami ilmu agama  dengan seorang yang disegani. Alhamdullillah. Semoga Iqram akan lebih tenang selepas ini.

Sumber Berita : Malaysian Digest

Advertisement
November 24th, 2016

Penceramah, Ustaz Kazim Elias bakal mengemukakan saman terhadap selebriti Wardina Safiyyah atas dakwaan menyebar tuduhan berkaitan isu pencabulan seks di maahad tahfiz milik Kazim di Ipoh, Perak.

Wardina membuat dakwaan berkenaan menerusi sebuah status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Menurut surat tuntutan berkeenan yang bertarikh 18 November, Kazim mendakwa coretan Wardina di Facebook itu pada 2 Ogos lepas memfitnah dirinya, maahad tahfiz miliknya dan menjejaskan reputasi kedua-duanya.

Meskipun Wardina tidak menyebut nama Kazim dan nama maahad tahfiz miliknya, namun jelas didalam status Wardina yang beliau seakan menunding jari terhadap Kazim.

Sebelum ini, Kazim menafikan wujud pencabulan seks terhadap pelajar pusat pendidikannya seperti tersebar di media-media sosial.

Pada 24 Ogos, polis mengesahkan aduan mengenai dakwaan pencabulan seks di situ dan mengambil keterangan 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan sekolah terbabit.

Kazim juga telah membuat tuntutan RM8 juta kepada ibu murid yang didakwa menfitnah beliau berhubung isu pencabulan seks terhadap anaknya yang belajar di maahad tahfiz.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Advertisement
August 2nd, 2015

Kata-kata Datuk Seri Azalina Othman yang meminta LPF untuk tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula peraturan menghalang drama/filem Melayu memaparkan aksi berpelukan, berpegangan tangan dan ranjang telah pun mendapat reaksi yang negatif daripada rakyat Malaysia.  Ramai yang kecewa apabila seorang menteri yang beragama Islam seolah-olah menggalakkan maksiat berleluasa di Malaysia. Walaupun ia sekadar lakonan, arahan LPF seharusnya dipuji dan disambut baik oleh semua pihak.

ustaz kazim elias

Pendapat Datuk Seri Azalina Othman ini turut sama membangkitkan Ustaz Kazim Elias daripada ‘tidur’. Setelah sekian lama tidak berkongsi sebarang status di Facebook, Ustaz Kazim telah tampil dan memberikan teguran yang amat padu, jitu dan pedas kepada Azalina.

kazim elias

Assalamualaikum…lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan..disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan.. Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan…

kazim elias

Ayat yang paling Abang Nara suka ialah “bawak-bawaklah insap, hidup di dunia tidak lama”. Di kala alim ulamak lain berdiam diri dan buat tidak tahu akan kenyataan Datuk Seri Azalina, kehadiran Ustaz Kazim Elias yang membantah kata-kata menteri itu amat-amat diperlukan. Tak adalah rakyat Malaysia keliru dan terasa seperti tiada siapa di pihak mereka. Semoga kata-kata Ustaz Kazim ini sampai kepada Datuk Seri Azalina dan mampu menggerakkan hatinya. Sama-samalah kita doakan.

Advertisement