“Ustaz Is Really Good Person” – Zarina Anjoulie Kesal Ada Pihak Sunting Video Bersama UKE, Bakal Hantar Surat Saman

Hiburan

“Ustaz Is Really Good Person” – Zarina Anjoulie Kesal Ada Pihak Sunting Video Bersama UKE, Bakal Hantar Surat Saman

Pelakon dan pensohor media sosial, Zarina Anjoulie meluahkan rasa kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyunting fotonya bersama Ustaz Kazim Elias bagi tujuan politik sempena PRU15 nanti.

Perkara tersebut turut diuar-uarkan Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Jelas Anju, individu tersebut telah mengambil video lamanya dan menyunting pada wajah pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.

Anju sangat kesal dengan sikap manusia, ambil video Anju tahun lepas dan edit pada muka Ustaz Kazim.

Video tu video tahun lepas, tiada kena mengena pun dengan Ustaz Kazim, Ustaz Kazim is a really good person as Anju pernah shooting dengan dia.

Kata Anju, perkara itu sudah jatuh hukum fitnah dan akan mengambil tindakan saman sewajarnya oleh peguam yang mewakili pelakon itu.

“Anju dah minta lawyer hantar surat saman pada 3 individu di Facebook, tindakan saman akan diambil.” ujarnya.

Dia juga turut menyertakan bukti video berserta gambar yang disunting itu di hantaran tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nurul zahid Nurul Izzah
1 year ago

"Sorang Nampak Bijak Sorang Lagi Rempit" - Giat Berkempen Politik, Netizen Bandingkan Nurul Zahid Dengan Nurul Izzah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...