“Rasullah SAW Juga Ada Lebih Dari Seorang Isteri” – Gelaran ‘Penyondol’ Berleluasa, UKE Tak Gemar Dijadikan ‘Trend’

Kehidupan

“Rasullah SAW Juga Ada Lebih Dari Seorang Isteri” – Gelaran ‘Penyondol’ Berleluasa, UKE Tak Gemar Dijadikan ‘Trend’

Seperti diketahui ramai, gelaran ‘penyondol’ sekarang ini diberikan buat wanita yang mengahwini suami orang lain, sama ada dengan izin isteri pertama ataupun tidak.

Trend tersebut sememangnya membuatkan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias berasa bimbang dan tidak gemar wanita lain digelar sebagai ‘penyondol’.

Advertisement

Ustaz Kazim menegur segelintir netizen yang mengelarkan seseorang sebagai ‘penyondol’ sedangkan di sisi syarak, keadaan tersebut dibenarkan.

Baginda Rasullah SAW juga mempunyai lebih daripada seorang isteri, apakah kita nak cakap isteri-isteri baginda itu dengan gelaran berkenaan?

Bahkan pendakwah itu berasa bimbang melihat trend tersebut semakin berleluasa di laman media sosial, lagi-lagi dalam kalangan wanita yang terbawa dengan emosi sekali gus melabel wanita mengahwini suami orang sebagai ‘penyondol’.

Menurutnya, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa berkahwin lebih daripada satu adalah salah di sisi Islam, sedangkan tidak begitu.

Kata Ustaz Azhar lagi, dia meminta agar orang awam lebih berhati-hati apabila memberi gelaran khususnya tentang perkara yang sudah dibenarkan di sisi agama Islam iaitu berpoligami.

Mamazie nd lala penyondol
1 year ago

(FOTO) "Penyondol.." - Isteri ND Lala Dedah Wajah Wanita Di Instagram, Kapsyen Ringkas Berbaur Perosak Rumah Tangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...