“Dia Tak Pernah Miskin..” – Kazim Elias Dedah Pelawak Terkenal Suka Sedekah, Bayar Bil Surau & Masjid, Netizen Teka Jep Sepahtu

Hiburan

“Dia Tak Pernah Miskin..” – Kazim Elias Dedah Pelawak Terkenal Suka Sedekah, Bayar Bil Surau & Masjid, Netizen Teka Jep Sepahtu

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu video pendedahan Ustaz Kazim Elias  (UKE) yang mendakwa seorang pelawak terkenal memiliki sikap mulia iaitu suka menderma dan bersedekah.

Tidak mendedahkan identiti sebenar, UKE berkata seorang individu yang juga jiran sekampung pelawak berkenaan dan berasal dari Johor tampil bercerita mengenai hal itu.

Advertisement

Dalam video tersebut, UKE yang dilihat sedang memberi ceramah di sebuah lokasi tidak diketahui dan menyenaraikan amalan-amalan yang dilakukan selebriti tersebut.

Pelawak ni, elektrik di masjid, di surau kampung dia yang bayar. Orang tak ada duit datang kedai, dia bagi makan percuma.

Mak bapak dia pulak anak dia tak bagi berniaga dah tapi sebab ada pekerja, ada yang ibu tunggal, ada yang orang susah. Kalau tutup kedai, macam mana nasib pekerjanya.

Tambahnya lagi, disebabkan oleh amalan itu, UKE menyifatkan pelawak tersebut tidak pernah miskin dan makin murah rezeki kerana rajin bersedekah.

Sebagaimana sabda Nabi, tidak akan berkurang harta dengan sebab kita bersedekah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meneka pelawak tersebut adalah Jep Sepahtu kerana ibu dan bapa Jep merupakan peniaga kedai makan di Johor.

opai
10 months ago

"Saya Sangat Bertuah.." - Terbukti 'Alpha Male', Opai Kirim Sejambak Bunga Buat Fatin Afeefa Sempena Hari Lahir Ke-29

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...