July 3rd, 2020

Rancangan kanak-kanak Upin Ipin terbitan Les Copaque sememangnya makin dikenali segala pelusuk umur dan jantina. Bukan kanak-kanak sahaja yang menikmati keletah dua beradik kembar ini, malah orang dewas juga tidak terkecuali.

Namun, jika diteliti, semakin banyak video yang memaparkan kartun animasi Upin Ipin ini yang telah diolah dan diedit dan kemudiannya dimuat naik ke Youtube misalnya.

Yang menjadi isu, video-video tersebut telah dijadikan video mengandungi bahan berunsur lucah dan pornografi yang sudah pastinya, tidak sesuai untuk tontonan bayi dan kanak-kanak.

 Animasi Upin Ipin yang kini semakin popular di luar negara seperti Indonesia, Singapura dan India itu telah menjadi tumpuan penceramah motivasi terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu ini.

Justeru itu, netizen yang juga memerhati dan cakna mengenai isu ini turut tampil memberi pendapat. Isu sabotaj secara melampau ini mungkin dapat menjejaskan kualiti animasi ini pada masa hadapan.

Walaupun sudah lama isu ini timbul, namun tiada pula tindakan daripada pihak Les Copaque itu sendiri. Oleh dengan itu, warga net turut menggesa pihak penerbitan kartun Upin Ipin ini untuk tampil membuat tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Advertisement
October 18th, 2019

Filem animasi popular Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les’ Copaque Production mencipta sejarah tersendiri apabila disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan Oscars 2020 untuk kategori Filem Animasi Terbaik.

upin ipin oscars 2020

Upin Ipin bakal bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.

Berita gembira dan membanggakan itu dikongsikan oleh Les’ Copaque menerusi akaun Instagram rasmi mereka dengan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan luar biasa terhadap filem animasi tersebut.

upin ipin keris siamang tunggal oscars 2020Filem animasi yang mula ditayangkan pada 21 Mac lepas itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta selepas tiga minggu ia ditayangkan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta di Malaysia.

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team  Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang berjaya menghasilkan karya yang cukup hebat.

Advertisement
April 11th, 2019

Membanggakan, hanya dalam tempoh 3 minggu tayangan, filem animasi terhangat Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal berjaya mengutip RM25 juta dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.

Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam. Berita itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram Upin Ipin Official.

Menariknya filem Upin Ipin kali ini bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak tetapi mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang dewasa juga.

Mempunyai jalan cerita yang menarik, penggembaran Upin Ipin kali ini bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam bilik stor. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa bertemu dengan pelbagai watak dalam dongeng rakyat seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team  Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang berjaya menghasilkan karya yang cukup hebat.

Sumber Berita : Instagram Upin Ipin Official

Advertisement
March 25th, 2019

Dua orang kembar kesayangan Malaysia, Upin dan Ipin yang kini kembali dengan filem terbaru mereka Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal nampaknya terus menghangatkan lagi panggung apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5.3 juta walaupun baru sahaja empat hari ditayangkan di pawagam.

Tidak dinafikan lagi, musim cuti sekolah ini lebih ramai ibu bapa akan membawa anak-anak mereka untuk menonton filem ini dan semestinya kutipan akan lebih tinggi lagi selepas ini.

Rata-rata penonton memang memuji filem ini yang dianggap sudah setaraf dengan animasi Hollywood. Bangga apabila jalan ceritanya sangat menarik dan menerapkan banyak elemen dan budaya Melayu di dalam filem tersebut.

Tahniah kami ucapkan buat semua yang terlibat dalam pembikinan filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal, semoga akan terus sukses dan tembusi pula pasaran global.

Kredit Foto : Upin Ipin Official

Advertisement