Animasi Upin Dan Ipin Dianggap Alat Propaganda Dari Malaysia

Trending

Animasi Upin Dan Ipin Dianggap Alat Propaganda Dari Malaysia

Sememangnya Upin & Ipin yang dihasilkan Les’ Copaque Production adalah satu animasi yang tidak asing lagi selepas berjaya melakar banyak kejayaan dalam dan luar negara. Ini ditambah lagi apabila Upin & Ipin mendapat sambutan yang sangat baik di Indonesia sehingga menjadi satu fenomena di sana.

4 years ago

Animasi Upin Dan Ipin Diserang Netizen Malaysia Dan Indonesia Disebabkan Dialog Sensitif Watak Fizi

Advertisement

Walaupun animasi Upin & Ipin mendapat kebenaran tayangan yang sangat lama untuk bersiaran di Indonesia, animasi ini turut telah dianggap sebagai alat propaganda dari Malaysia.

Perkara ini telah dikatakan oleh Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Agung Suprio yang melihat Upin & Ipin membawa banyak pengaruh dari Malaysia. Ini digunakan Malaysia sebaiknya untuk disebarkan kepada dunia luar.

“Upin-Ipin dapat disebut propaganda, propaganda positif. Upin-Ipin dapat memperkenalkan Malaysia atau imej Malaysia ke dunia luar yang berbilang budaya, sopan, ramah dan beragama.” – Katanya.

Agung juga berpendapat kerajaan Malaysia sanggup mengeluarkan bajet yang banyak untuk memberikan subsidi kepada penghasil animasi. Ini sekaligus membantu negara untuk dipromosikan ke luar negara dan ini seharusnya dicontohi Indonesia.

“Sekiranya kita menghasilkan kartun Indonesia, itu sangat mahal. Walaupun orang yang membuat kartun di Indonesia tidak kurang hebatnya, dan ada begitu banyak, tidak sedikit.”

Kami rasa memang itulah misi utama animasi Malaysia dihasilkan dan menjadi impian kita untuk melihat animasi kita bersaing di peringkat antarabangsa. Selain Upin & Ipin kita juga ada animasi lain seperti Ejen Ali dari Wau Animation, Boboiboy dari Monsta dan banyak lagi. Apapun, marilah kita terus menyokong hasil dari Malaysia.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...