Animasi Upin Dan Ipin Diserang Netizen Malaysia Dan Indonesia Disebabkan Dialog Sensitif Watak Fizi

Trending

Animasi Upin Dan Ipin Diserang Netizen Malaysia Dan Indonesia Disebabkan Dialog Sensitif Watak Fizi

Di dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, animasi popular tempatan iaitu Upin & Ipin kini heboh menjadi bualan di media sosial. Ini semua gara-gara episod terkini animasi tersebut yang menampilkan dialog yang dianggap tidak menjaga sensitiviti anak-anak yatim piatu.

Di dalam episod Kompilasi Episod Raya Upin & Ipin yang dimuatnaik di laman YouTube rasmi Les’ Copaque itu, menceritakan sambutan hari raya Upin & Ipin bersama rakan-rakan. Watak Fizi yang merupakan rakan karib kepada pasangan kembar itu telah menimbulkan rasa kurang senang penonton ketika hampir di penghujung cerita.

Advertisement

upin ipin

Semua itu kerana dialog yang diucapkan Fizi yang menyinggung perasaan ramai terutamanya golongan anak yatim seperti pasangan kembar itu. Fizi dilihat menyinggung perasaan pasangan kembar itu dengan memberitahu tiada syurga buat mereka yang tidak mempunyai ibu.

Ini adalah susulan daripada kenyataan Mail yang sebelum itu berceritakan bagaimana syurga seseorang anak itu berada di bawah telapak kaki ibu. Dialog Fizi itu dilihat tidak menjaga sensitiviti kanak-kanak yang lain dan menimbulkan kemarahan penonton di Malaysia dan juga Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Upin & Ipin | By Les’ Copaque (@upinipinofficial) on

Susulan itu, Instagram rasmi Upin & Ipin kini menerima tempiasnya apabila dihujani dengan komen-komen negatif daripada netizen. Rata-rata mereka yang menonton episod tersebut tidak berpuas hati dengan ‘kebiadapan’ Fizi di dalam situasi itu.

upin ipin

Menyedari dialog daripada watak Fizi itu telah menyinggung perasaan ramai, Les’ Copaque telah memberikan permohonan maaf mereka menerusi laman Instagram tersebut. Di dalam perkongsian itu, mereka memberitahu dengan kapsyen “Gara-gara video ini, Fizi kini dibenci. Maafkanlah Fizi.”

Babak yang mencetuskan kontroversi itu dapat ditonton pada minit ke 40 episod Kompilasi Episod Raya Upin & Ipin yang dimuatnaik pada 24 Mei lalu. Video tersebut kini menerima lebih 1 juta tontonan di YouTube sementara bahagian komen ditutup daripada sebarang komen.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...