Tak Kira Umur, Ini 5 Animasi Tempatan Yang Wajib Anda Tonton

Hiburan

Tak Kira Umur, Ini 5 Animasi Tempatan Yang Wajib Anda Tonton

Sebenarnya banyak animasi tempatan yang boleh ditonton ramai, kerana kebanyakkan animasi yang dibuat mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dipelajari.

5 years ago

Filem Upin Ipin Catat Kutipan RM25 Juta Selepas 3 Minggu Tayangan

Advertisement

Selalu kita dengar animasi banyak menghiburkan hati tetapi di dalam hiburan itu juga terselit pengajaran yang lebih baik ditonton daripada drama-drama yang ada.

Jom kita lihat lima animasi tempatan yang wajib semua tonton!

1. Anak-Anak Sidek 

Anak-Anak Sidek

Tahun tayangan: 1999

Ia merupakan sebuah penceritaan mengenai keluarga pemain badminton negara iaitu keluarga Sidek yang menghabiskan zaman kanak-kanak mereka di sebuah perkampungan di Kanchong Darat di Banting, Selangor. Animasi ini menceritakan kisah sebelum saudara Sidek menjadi pemain badminton ternama negara dan kehidupan mereka yang tidak pernah diketahui umum.

2. Putih

Putih

Tahun tayangan: 2001

Ia mengisahkan seorang gadis jelita, Putih anak malang yang tinggal bersama ibu tirinya, Kundur dan kakak tiri, Merah selepas kematian bapanya. Satu hari, Putera Afdus yang sedang mencari haiwan terdengar suara nyanyian seorang wanita lalu menyuruh panglima Sulong untuk mencari gerangan suara itu. Dan bermula dari situlah bermacam-macam kisah yang berlaku kepada Putih.

Nak tahu lebih lanjut? Anda kena tengok animasi ini, serius tak menyesal!

3. Upin & Ipin 

Upin & Ipin

Tahun tayangan: 2007

Pada mula animasi ini hanya ditayangkan pada bulan Ramadan pada tahun 2007 di TV9 dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati ilmu erti bulan mulia. Kini telah menjangkui lebih 15 musim bahkan telah dijadikan filem iaitu Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal dan filem tersebut telah tercalon sebagai Filem Animasi terbaik Anugerah Oscar 2020.

4. BoBoiBoy 

BoBoiBoy

Tahun tayangan: 2011

BoBoiBoy ialah siri animasi tentang seorang budak lelaki bernama BoBoiBoy yang mempunyai kuasa berasaskan elemen alam. Bersama rakan-rakannya, mereka membentuk satu pasukan dan berjuang melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing yang cuba menakluki Bumi.

Fiilem BoBoiBoy The Movie 2 turut mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM9.99 juta penonton dalam masa lima hari sahaja. Terbaik!

5. Ejen Ali

Ejen Ali

Tahun tayangan: 2016

Ia mengisahkan tentang seorang murid darjah enam bernama Ali yang menjadi seorang perisik untuk sebuah pertubuhan rahsia secara terpaksa kerana tidak sengaja melibatkan diri dengan misi pertubuhan tersebut menentang musuh.

Filem Ejen Ali telah mencatat rekod baharu apabila menerima tontonan sebanyak RM1.8 Juta setelah dua hari ditayangkan di panggung wayang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...