“Zaman Kejatuhan Bakal Tiba” – Podcast Syarikat Animasi Terkenal Dikecam, Rancak Mengutuk Pekerja Sendiri Di Podcast

Hiburan

“Zaman Kejatuhan Bakal Tiba” – Podcast Syarikat Animasi Terkenal Dikecam, Rancak Mengutuk Pekerja Sendiri Di Podcast

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai satu podcast yang diterbitkan oleh syarikat animasi terkenal  yang telah menimbulkan banyak reaksi negatif daripada netizen.

Dalam podcast tersebut, beberapa pekerja ‘upper management’ dilihat sedang berbincang mengenai isu ‘drama di lokasi penggambaran dan syarikat’.

Advertisement

Namun apa yang menjadi kritikan warga maya adalah apabila panel-panel dalam podcast tersebut dirakam mengutuk dan mendedahkan aib pekerja dan bekas pekerja mereka sebelum ini.

Antaranya mengenai sikap bekas pekerja yang dikatakan masih ingin ‘mempunyai kaitan’ dengan syarikat tersebut selain sikap-sikap pekerja yang dikatakan menyusahkan dan mempunyai banyak ‘muslihat’.

Selain itu, panel yang memegang tugas sebagai ‘Human Resources Department’ secara terang-terangan memaklumkan bahawa mereka ada mengintip media sosial staff mereka sendiri dan sebagainya.

Komen les copaqueSumber : YouTube  
Youtube les copaqueSumber : YouTube  

Menjengah ke ruangan komen podcast yang kemudiannya dimuat naik di YouTube rasmi syarikat animasi itu, netizen banyak mengecam dan menganggap mereka hanya membuka pekung tentang betapa toksiknya syarikat tersebut kepada orang awam.

Di Facebook, pengasas syarikat animasi itu, Haji Burhan Radzi ada memberikan respon mengenai isu tersebut dan menganggap ia hanyalah satu tuduhan tidak berasas dan berbaur dengki serta iri hati di atas kejayaan mereka sebagai satu pasukan.

anak
11 months ago

Dipaksa Minum Arak & Didera, Wanita Hilang Hak Penjagaan Anak - "Sara Kena Jaga Diri, Jaga Aurat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...