August 24th, 2017

Minggu ini dunia hiburan hangat dengan pendedahan penyanyi Hafiz Hamidun bahawa pernikahannya dengan Siti Arifah Amin, seorang pengasas produk kosmetik dan personaliti media sosial didapati tidak sah oleh pejabat agama.
hafizrayjoy
Ini adalah kerana Siti Arifah atau lebih dikenali di media sosial sebagai Joy Revfa masih bergelar isteri orang pada tarikh pernikahan mereka iaitu 1 Mei 2017 kerana Joy tidak menyelesaikan dokumentasi pengesahan cerai dengan bekas suaminya, seorang usahawan, Dato’ Ray Imran.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Terdahulu, Joy berkahwin di Songkhla pada 10 Januari 2013 dengan Ray Imran dan Joy mendakwa telah diceraikan lelaki itu atau nama sebenarnya, Mohd Rayos Abdul Rahim, melalui aplikasi WhatsApp pada tahun 2015.

Dalam sidang media oleh Hafiz Hamidun pada 22 Ogos lepas di pejabatnya, Hafiz memberitahu Joy mendakwa Ray Imran enggan menyelesaikan urusan perceraian mereka dan oleh itu, perceraian mereka tidak mempunyai dokumen.

Perkahwinan mreka juga tidak pernah didaftarkan di Malaysia. Oleh kerana gagal mendapat surat cerai beserta dari keraguan yang timbul, Hafiz dan Joy telah ke Songkhla bersama-sama bagi menyelesaikan urusan cerai taklik Joy dan Ray Imran di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Permohonan cerai taklik Joy dan bekas suami diterima dan disahkan jatuh talak satu pada 13 Julai 2017.

Pada 8 Ogos 2017 Hafiz dan Joy telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surat pengesahan taklik tersebut dan menjalani siasatan bersama pegawai agama daerah. Hasil siasatan mendapati Joy masih dalam ikatan perkahwinan dari suami terdahulu ketika pernikahan mereka.

Bagaimanapun, setelah pendedahan yang dibuat Hafiz, Ray Imran telah memberikan kenyataan yang dia merasakan terdapat sebab lain Hafiz meragui status pernikahan mereka.

Walau begitu, Ray Imran telah menerima pelbagai komen mengecamnya kerana tidak menguruskan dokumentasi perceraiannya dengan Joy, sebaliknya, Hafiz Hamidun yang berusaha mendapatkannya.
image
image
image
image

Sebutan semula pembubaran pernikahan Hafiz dan Joy ialah pada 14 September ini. Kemelut dalam rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy terlihat setelah Joy dilihat sering memuat naik gambar beserta status seolah-olah tidak berpuas hati dengan Hafiz di Instagram dan mendakwa Hafiz mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan meninggalkannya setelah duduk enam hari bersama dan melakukan hubungan kelamin.

Hafiz bagaimanapun mendakwa berbuat demikian kerana merasakan dirinya perlu mengasingkan diri dari Joy memandangkan dia tidak pasti sama ada pernikahan mereka sah. Dia juga menafikan pernah melakukan hubungan kelamin dengan Joy. Pada 8 Ogos, hasil siasatan pejabat agama Petaling mendapati Joy masih bergelar isteri Ray Imran semasa wanita itu melangsungkan pernikahan dengan Hafiz. –beautifulnara.com

August 16th, 2017

Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam telah diberikan notis muflis melalui sebuah akhbar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keratan akhbar notis tersebut telah menjadi viral di media sosial dengan kebanyakan Netizen mengkritik Sam kerana tidak menguruskan pembayaran cukai dengan baik.

Gambar: Star 2

Sam kemudiannya dikatakan berasa bingung kerana dia tidak pernah diberitahu oleh LHDN mengenai status muflis tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya

Sam memberitahu Harian Metro:

Beberapa minggu lalu, wakil mereka ada datang berjumpa saya di rumah tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa pun mengenai muflis.

Ejen yang menguruskan cukai saya juga sudah beberapa kali ke pejabat LHDN sebelum ini. Tetapi, mereka juga tidak diberitahu apa-apa mengenai status saya.

Dia juga memberitahu dia menunggu penjelasan dari LHDN:

Sehingga sekarang saya masih menunggu penjelasan sebenar daripada mereka dan berharap mendapat maklum balas hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Malim berkata, masih ada selebriti yang akan diberi notis muflis selepas ini:

Saya tidak mahu kata ramai (artis), tetapi dalam rekod kami, memang ada selebriti yang akan dikenakan tindakan serupa (seperti Sam) selepas ini.

Hanya tunggu masa saja. Jika mereka tidak mengambil usaha untuk menjelaskan tunggakan, mereka boleh dibawa ke mahkamah dan seterusnya diambil tindakan muflis. Ia adalah prosedur biasa dalam pungutan cukai.

Masrun menambah, selebriti sendiri perlu bertanggungjawab mencari maklumat mengenai cukai dan bukan tanggungjawab LHDN memberitahu mereka:

Segala maklumat mengenai tanggungjawab percukaian boleh dicari di laman sesawang LHDN.

Terpulang kepada selebriti itu untuk mengambil tahu mengenai cukai mereka. Jika masih tidak faham, mereka boleh berjumpa pegawai kami bagi mendapatkan penerangan.

Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa.

Enggan menjadikan media sebagai medan perbalahan, Masrun meminta Sam atau wakilnya datang ke LHDN segera kerana notis muflis yang dikeluarkan telah mengikut prosedur dan mendapat kebenaran mahkamah. – beautifulnara.com

Sumber: BH Online, mStar

August 10th, 2017

Sekitar awal tahun ini, pelakon Izreen Azminda, pernah diberitakan sedang mengenali seseorang dan mempunyai kesediaan untuk kembali bergelar isteri.

20066876_469874583380763_3108140589414088704_n

Menyatakan hatinya sudah dimiliki, Izreen bagaimanapun tidak mendedahkan identiti lelaki itu.

Dalam satu kenyataan terbaru kepada mStar Online, Izreen menyatakan yang dia tidak mahu terburu-buru mengatakan tidak sekiranya bakal suaminya itu sudah pun beristeri.

Saya tak nak kata tidak pada suami orang. Takut nanti apa yang kita tak nak itu yang Allah akan berikan.

Tak pasal-pasal apa yang kita cakap berbalik kepada kita sendiri pula.

Sikap berhati-hati ini sememangnya patut, kerana kadangkala kita mendabik dada mengenai prinsip kita, sehinggalah kita mengalami sendiri dan gagal mempertahankan prinsip yang sebelum ini kita uar-uarkan. Bagi Izreen tidak ada salahnya mengahwini suami orang kerana lelaki dibenarkan berkahwin empat asalkan berkemampuan.

19429194_639798116211305_5390390127795109888_n

Cuma, apa yang boleh saya katakan jika lelaki itu mampu, tak salah untuk dia nak kahwin lain sebab sememangnya mereka boleh ada empat orang isteri.

19984412_317185495395332_2839092787041796096_nBagaimanapun, kali ini, Izreen memberitahu masih belum bersedia berkahwin lagi, tidak seperti kenyataannya di awal tahun ini.

Buat masa ini saya tidak terfikir untuk mencari pasangan lagi. Memang teringin nak kahwin tapi banyak lagi perkara yang saya perlu dahulukan.

Baru-baru ini anak saya dijangkiti H1N1 dan ditahan wad selama empat hari dan apa yang berlaku membuatkan saya perlu ada dengan dia setiap masa.

Sebab itu, biarlah saya uruskan anak dan jika ada jodoh, insyaAllah saya akan berkahwin sekali lagi.

Begitulah pendirian Izreen. Mungkin Izreen hanya mengamalkan sikap berhati-hati, kerana tiada siapa tahu apa yang berlaku pada hari esok. Kadangkala hidup dirundung malang akhirnya bahagia mendatang. Kadangkala asyik menyulam bahagia akhirnya makan hati berulam jantung. Itulah kehidupan. –beautifulnara.com

April 22nd, 2016

Sebelum ini, Black Hanafiah telah muncul sebagai Mentor untuk program televisyen realiti. Namun begitu Black banyak bercakap dan bergerak dalam program itu, sehingga dianggap ‘over’ oleh Netizen. Sehubungan itu, dia dikecam kerana dianggap berlebihan ketika mengendalikan rancangan itu.
 photo maxresdefault.jpg
Melalui mStar Online, penyanyi itu mendedahkan dia telah ditegur oleh bapanya berkenaan perkara itu dan itu ialah teguran pertama bapanya sejak tujuh tahun dia bergelar artis.

Selepas program Mentor Milenia lalu bapa ada telefon saya dan ingin berjumpa, ini pertama kali dia tegur saya secara serius dan memberi nasihat agar saya tidak membodohkan diri lagi seperti dalam program realiti berkenaan.

Saya sudah jelaskan kepadanya bahawa ia hanya untuk menceriakan program, namun dia tidak mahu saya dikecam oleh penonton.


 photo 12940266_156455708086182_1241779987_n.jpg
Dia juga berjanji kepada bapanya untuk tidak bersikap demikian dalam mana-mana program pada masa akan datang.

Sebagai orang tua saya faham perasaan dia bila lihat saya dikritik orang ramai. Dia juga terasa kalau orang kecam kelakuan saya.

Teruk jugalah saya kena ceramah dalam kereta oleh ayah dan mak sebab perkara itu.

Black telah muncul dengan album Black…Masih Di Sini yang memuatkan lagu hits sepanjang 2015 iaitu Teman Pengganti, Puisi Sang Dewi, Mana Mungkin, Si Putih Si Merah dan Takkan Terpisah. Dia juga akan muncul dengan satu single terbaru berjudul Anugerah Terindah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
 photo 12912369_456114611253873_706505216_n 1.jpg
Memang benar, dalam apa jua keadaan kita dinasihatkan untuk sentiasa bersederhana. Semoga ia jadi satu pengajaran bukan saja untuk Black, juga untuk semua pihak agar tidak over dalam mengendalikan program televisyen. Iyalah, bukan semua orang akan suka cara kita. Mujur juga Black mampu menerima teguran dan tidak melenting.