Pekerja Google Tidak Dibenarkan Menggunakan Aplikasi Zoom Di Sebarang Peranti Syarikat

Teknologi

Pekerja Google Tidak Dibenarkan Menggunakan Aplikasi Zoom Di Sebarang Peranti Syarikat

Wabak COVID-19 telah mengubah hampir keseluruhan rutin pekerjaa masyarakat bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Bukan sahaja bekerja, sesi pembelajaran juga dijalankan berpandukan perubahan teknologi. Begitu juga dengan aplikasi Zoom yang menjadi fenomena utama kini untuk mengadakan perjumpaan alam maya dalam jumlah yang besar.

Dapat dikatakan Zoom kini menjadi aplikasi rasmi ketika musim COVID-19 sebagai saluran penghubung untuk orang ramai berinteraksi. Namun, aplikasi ini turut tidak terlepas untuk berhadapan dengan pelbagai konflik yang tercetus. Isu keselamatan pengguna serta pencerobohan zoombombing telah membuatkan pengguna berasa ragu-ragu untuk meneruskan penggunaan aplikasi ini.

Advertisement

Syarikat gergasi seperti Google turut telah mengambil langkah keselamatan awal dengan mengharamkan pekerjanya dari menggunakan Zoom. Komputer di syarikat Google tidak dibenarkan langsung memuat turun aplikasi ini untuk mengelakkan pencerobohan serta kecurian data.

CEO Google

CEO Google, Sundar Pichai

Menurut sumber, terdapat beberapa pengguna iPhone dan iPad yang telah menjadi mangsa pencerobohan menerusi Zoom. Data pengguna ini telah disebarkan kepada pihak ketiga. Tahap keselamatan Zoom dikatakan juga lemah sehingga penggodam mampu untuk mengakses kamera dan mikrofon tanpa boleh diketahui oleh pengguna.

Syarikat dibawah Elon Musk, SpaceX awal-awal lagi sudah mengharamkan pekerjanya daripada menggunakan Zoom yang kemudian diikuti oleh Google.

Elon musk

Elon musk

Menurut statistik yang dikeluarkan, 200 juta pengguna setakat ini telah menggunakan aplikasi Zoom berbanding tiga bulan yang lalu hanya 10 juta pengguna sahaja. Angka ini meningkat secara drastik apabila kebanyakkan syarikat menjalankan konsep ‘work from home’ semenjak COVID-19 semakin menggila.

Peningkatan jumlah pengguna yang terlalu pantas memerlukan Zoom untuk meningkatkan tahap keselamatan penggunaan aplikasi ini berikutan penggunanya yang mempunyai pelbagai latar belakang.

Perubahan syarikat besar untuk tidak lagi menggunakan aplikasi Zoom sedikit sebanyak memberi pengaruh tanpa sedar kepada pengguna lain. Zoom perlu mengambil langkah yang efektif dalam menaik taraf tahap keselamatan yang lebih baik sebelum pengguna mengambil alternatif menggunakan aplikasi lain yang boleh memberikan fungsi lebih kurang sama yang ditawarkan Zoom.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...