Yuna Luah Rasa Kesal, Pemerintah Negara Seakan Tidak Ambil Serius Masalah Perubahan Iklim

Hiburan

Yuna Luah Rasa Kesal, Pemerintah Negara Seakan Tidak Ambil Serius Masalah Perubahan Iklim

Kesengsaraan yang dirasai rakyat Malaysia khususnya di sekitar kawasan Lembang Klang akibat banjir buruk turut dizahirkan penyanyi nun jauh di Amerika Syarikat, Yuna.

Yuna Bella Ciao
4 bulan lalu

'Bella Ciao' Versi Mendayu Dan Gemalai, Yuna Beri Nafas Baru Runut Bunyi Drama Money Heist

Advertisement

Menurut Yuna, dia sepertinya berasa tidak berdaya dan pada masa yang sama sangat marah dengan situasi yang ditanggung mangsa-mangsa banjir di Malaysia kini.

Rasa tidak berdaya dan marah apabila ramai mangsa banjir terpaksa menunggu berjam lamanya sebelum bantuan sampai.

Tambah Yuna, Malaysia tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi banjir setiap tahun dan bencana banjir di Malaysia ini semakin teruk tahun demi tahun.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Yuna menerusi sebuah hantaran Instastory di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Yuna

Bukan itu sahaja, Yuna turut mempersoalkan mengapa para pemerintah tidak mengambil serius masalah perubahan iklim di Malaysia.

Dalam pada itu, Yuna turut menitipkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bertindak menyelamatkan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing di kawasan banjir.

Sekadar info, Yuna sebelum ini pernah melahirkan kerisauan dengan situasi banjir yang melanda kawasan Lembah Klang terutama satu kawasan perumahan iaitu di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    December 21, 2021 at 6:27 pm

    Sebab masing2 kisah pasal periuk nasi, masing2 fkir ape manifesto, tp bila da dapat jawatan…sila sambung

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...