‘Bella Ciao’ Versi Mendayu Dan Gemalai, Yuna Beri Nafas Baru Runut Bunyi Drama Money Heist

Hiburan

‘Bella Ciao’ Versi Mendayu Dan Gemalai, Yuna Beri Nafas Baru Runut Bunyi Drama Money Heist

Pastinya anda sedia maklum dengan lagu berjudul Bella Ciao yang menjadi siulan peminat drama popular daripada Sepanyol, Money Heist.

Yunalis Zarai
3 years ago

Bakal Keluar Album Baru Tidak Lama Lagi, Yuna Rancang Kembali Ke Amerika Syarikat Setelah Setahun Di Malaysia

Advertisement

Sering menjadi perhatian, penyanyi terkenal Yuna khabarnya memberi nafas baru terhadap lagu Bella Ciao dengan susunan muzik yang lebih lemah gemalai dan mendayu.

Difahamkan juga, lagu tersebut juga diiringi pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO)!

Sehubungan dengan itu, lagu yang diadun cukup indah itu telah pun dimuat naik di Instagram rasmi platform penstriman Netflix Malaysia sempena musim baharu siri drama kegilaan dunia itu.

Meninjau ruangan komen, reaksi peminat nampaknya teruja dan memuji nyanyian Yuna di mana ada yang menganggap saduran lagu Bella Ciao versi Yuna lebih meremangkan bulu roma.

Terdahulu, siri drama Money Heist telahpun memasuki musim kelima dan pastinya menjadi penantian drama tersebut.

Money Heist mengisahkan strategi rompakan besar-besaran yang dibintangi pelakon Sepanyol seperti Alvaro Morte, Ursula Corbero, Miguel Herran dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...