Bakal Keluar Album Baru Tidak Lama Lagi, Yuna Rancang Kembali Ke Amerika Syarikat Setelah Setahun Di Malaysia

Hiburan

Bakal Keluar Album Baru Tidak Lama Lagi, Yuna Rancang Kembali Ke Amerika Syarikat Setelah Setahun Di Malaysia

Penyanyi kelahiran Malaysia, Yuna memaklumkan bahawa dia merancang untuk kembali semula ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS),  bagi melunaskan perkara yang tertunggak.

yuna
3 years ago

Yuna Gembira Sambut Ramadan Dan Syawal Bersama Keluarga Tahun Ini

Advertisement

Ujar Yuna, sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini, banyak urusan berkaitan muzik telah tertangguh termasuklah pembikinan album baharu yang dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

View this post on Instagram

A post shared by Y U N A (@yuna)

Jelasnya lagi, setelah setahun berada di Malaysia bersama keluarga, tiba masanya dia pulang ke AS bagi menyelesaikan kerja pembikinan album kelimanya itu.

Kali terakhir mengeluarkan album untuk pasaran antarabangsa pada 2019. InsyaAllah, album kelima akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Kepulangan saya ke AS bagi melunaskan kerja pembikinan album yang belum selesai. Saya juga akan berulang-alik ke Malaysia bagi memastikan kesejahteraan keluarga sentiasa terpelihara.

Pemilik nama Yunalis Mat Zara’ai ini telah berada di tanah air bersama suami kesayangan, Adam Sinclair sejak Mac tahun lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Y U N A (@yuna)

Dalam perkembangan lain, Yuna turut menyumbang sedikit usaha bagi membantu peniaga tempatan untuk menjana pendapatan berikutan terjejas disebabkan oleh wabak pandemik ini.

Dia dilaporkan telah bekerjasama dengan syarikat dagangan digital dan teknologi kewangan, my IOU dalam memberi sokongan kepada jenama tempatan kecil mahupun besar.

Yuna telah dilantik sebagai wajah rasmi myIOU yang turut menawatkan perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...