Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Yuna Gembira Sambut Ramadan Dan Syawal Bersama Keluarga Tahun Ini

yuna

Penyanyi popular Yuna ungkap rasa gembira dapat menyambut bulan Ramadan dan Syawal bersama keluarga tercinta di Malaysia pada tahun ini.

Yuna, 34 berkata agak sukar untuk dirinya mendapat kesempatan meraikan bulan mulia ini bersama keluarga sejak 10 tahun yang lalu dan berkata ada kemanisannya juga ekoran musim pandemik COVID-19.

Advertisement
yuna

Yuna dan suami sudah hampir satu tahun pulang ke Malaysia sejak pandemik COVID-19 berlaku.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai yang kini sudah menempa nama di luar negara masih belum berfikir untuk pulang semula ke AS dalam masa terdekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Ketika ditemubual bersama BH Online, dia turut berkata dirinya sedang menyiapkan album terbaru di Kuala Lumpur.

Advertisement

Buat masa ini, saya belum berhasrat pulang ke AS. Perancangan memang ada, tetapi bukan dalam masa yang terdekat. Ini disebabkan situasi COVID-19 yang masih berleluasa. Belum masanya saya dan suami kembali ke AS. Sebelum ini, saya sering sibuk, tetapi Alhamdulillah saya dapat menghabiskan masa bersama keluarga, tahun ini.

Baru-baru ini, Yuna ditemubual ketika sidang media virtual koleksi hijab terbaharunya kolaborasi bersama jenama Putri N Rex.

SUMBER : BH Online
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top