Haqiem Rusli Anggap Rezeki & Populariti Tidak Bergantung Pada Status

Hiburan

Haqiem Rusli Anggap Rezeki & Populariti Tidak Bergantung Pada Status

Penyanyi Haqiem Rusli menepis tanggapan segelintir pihak yang beranggapan bahawa berkahwin pada usia muda mengehadkan pelbagai perkara.

Anis Sofea Hanis Zalikha
2 years ago

Teruja Jumpa 'Kembar', Haqiem Rusli Buat Kejutan Untuk Isteri

Advertisement

Menurut Haqiem, dia tidak menganggap rezeki dan populariti bergantung pada status kerana peminat masa kini sudah bijak menilai.

Kalau bercakap soal populariti, semuanya berbalik pada rezeki. Berkahwin pada usia muda semuanya ketentuan Allah SWT.

Haqiem turut memaklumkan yang jika sudah tertulis rezeki akan merudum selepas berkahwin, berkemungkinan rezeki akan datang dari arah lain kerana kita tidak tahu ketentuan Allah SWT.

Disebabkan itu, Haqiem tidak terkesan dengan isu kahwin muda mampu membuatkan populariti merudum tetapi sebaliknya, dia akan tetap berusaha untuk kekal relevan.

Tambah Haqiem, dia akan menghasilkan karya yang berkualiti kerana menyedari bahawa dia perlu mempunyai karya yang baik untuk terus mengekalkan kejayaan sebagai penyanyi.

Haqiem Rusli

Dalam pada itu, Haqiem juga mengakui yang kehidupannya kini lebih sempurna dengan kehadiran isterinya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli turut memberitahu yang dia menyokong rakan artis dan orang ramai yang ingin berkahwin pada usia muda sekiranya situasi mengizinkan.

Sekadar info, Haqiem telah mendirikan rumah tangga dengan Anis Sofea pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...