Teruja Jumpa ‘Kembar’, Haqiem Rusli Buat Kejutan Untuk Isteri

Hiburan

Teruja Jumpa ‘Kembar’, Haqiem Rusli Buat Kejutan Untuk Isteri

Penyanyi, Haqiem Rusli membuat kejutan buat isteri tercintanya, Anis Sofea dengan menghubungi pelakon Hanis Zalikha dan suaminya, Hairul Azreen menerusi panggilan video.

Sofea telah berkongsi detik gembira tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di laman instagram miliknya.

Advertisement

Menurut Sofea, 19, dia berasa terkejut dan teruja malah menyatakan dirinya hampir menangis ketika mendapat panggilan dari artis kegemarannya itu.

Kejutan daripada sayang saya.. Gembira tak terkata dapat buat panggilan video dengan kegemaran saya Kak Hanis Zalikha dan abang Hairul Azreen.

Terdahulu, Sofea mencuri perhatian ramai selepas dikatakan wajah itu mirip dengan pelakon Hanis Zalikha.

Nak menangis tapi cover sebab malu dengan Kak Hanis.

 

Menerusi hantaran tersebut, jelas kelihatan reaksi Sofea atau nama lengkapnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri yang terkejut sehingga tidak terkata apabila melihat pasangan dua sejoli itu melalui panggilan tersebut.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa teruja dan gembira kerana melihat gelagat kedua pasangan tersebut menerusi perkongsian video itu.

Haqiem Rusli & isteri
2 years ago

Haqiem Rusli Akui Tidak Setuju Isteri Bergelar Penyanyi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...