April 1st, 2013

Amboi. Makin tinggi nampaknya saham pemain bola sepak negara kita di kalangan selebriti-selebriti wanita tempatan.. Abang Nara memang dah lama suka dengan cara permainan Mahali Jasuli. Gandingannya dengan Wan Zack di bahagian kanan memang hebat.

tasha shilla Dan apabila Mahali Jasuli memberitahu yang dirinya meminati Tasha Shila, dia telah dijemput ke majlis hari jadi Tasha sebagai tetamu istimewa. Bermula dengan pertemuan tersebut, hubungan Mahali dan Tasha semakin rapat menerusi SMS dan telefon.
mahali jasuli

Kata Mahali kepada Berita Minggu semalam:-

Kami pernah keluar pergi makan-makan dua tiga kali. Mula-mula kami pergi makan di Nandos, Shah Alam. Tasha bawa kawan-kawannya. Kemudian bila pergi makan malam di Pavilion, Kuala Lumpur, hanya kami berdua saja. Kalau tak silap pada awal Mac lalu.

tasha shilllaAmboi nampak macam sudah ada bibit-bibit cinta gitu. Tasha Shilla turut mengakui selesa berkawan dengan Mahali Jasuli. Kata Tasha:-

Saya selesa berkaan dengan dia. Saya meminati dia sebagai pemain bola sepak, dan dia pula minat saya sebagai pelakon. Bila ada masa lapang, kami berhubung menerusi Whatsapp, panggilan telefon atau SMS. Kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang ramah mesra, mengambil berat, romantik, kelakar, sopan santun dan ada sifat pemalu.

mahali jasuliAbang Nara pasti Mahali sekarang lebih bersemangat untuk memberi yang terbaik di dalam bola sepak apabila ada kawan seperti Tasha Shilla yang tidak putus-putus memberikan semangat. Kalau anda berdua bercinta pun ok jugak. Sama cantik sama padan. Cuma diharap Tasha Shilla tak ajak Mahali pergi clubbing. Tak gitu?
aura whiteP.S: Memang wajah Hanez Suraya sangat berbeza sebelum dan selepas mengamalkan pemakanan Aura White. Sekarang ini cantik putih dan gebu sangat-sangat. Korang pun boleh cuba. Harga cuma RM150 sahaja untuk penggunaan lebih kurang sebulan. PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061 untuk tempahan dan pertanyaan.

January 16th, 2013

Agak mengejutkan tetapi itulah kenyataan. Tasha Shilla yang merupakan pemenang kategori Artis Wanita Baru Popular ABPBH2011 langsung tidak berjaya memasuki senarai Top 10 untuk ABPBH edisi 2012. Memang pelik tetapi itulah faktanya.

tasha shilla abpbh2012

Menurut laman web rasmi ABPBH, ketiadaan nama Tasha Shilla dalam Top 10 telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Takkanlah dalam masa setahun peminat-peminat Tasha Shilla telah berkurangan sehingga ke tahap itu? Atau mungkin memang populariti Tasha Shilla jatuh merudum ekoran beberapa kontroversi sepanjang tahun 2012?

tasha shilla abpbh2012

Bagi Abang Nara kalau tak tercalon pun tak apa. Kalau tercalon, itu bonus. Lagipun Abang Nara tengok Tasha Shilla memang banyak keluar drama semenjak dua menjak ini. Lebih baik fokuskan kerjaya daripada mengejar anugerah sebegini. Lagi banyak berlakon, lagi banyaklah sumber pendapatan. Tak ke gitu?

P.S: Kejadian tanah runtuh yang membentuk lubang.

October 25th, 2012

Entah mengapa, nama Tasha Shilla sering dikaitkan dengan gosip dan kontroversi yang tak sudah-sudah. Paling terbaru ialah gosip tentang kehidupannya ditaja oleh seorang Datuk yang hanya dikenali dengan nama Datuk J. Malah kereta Audi A5 milik Tasha juga dikatakan ditaja oleh Datuk J ini.

tasha shilla

Yang pastinya Tasha Shilla langsung tidak mengenali identiti Datuk J ini. Bersua muka pun tidak. Abang Nara tersentuh hati apabila Tasha Shilla memberitahu Berita Harian yang dia pernah menangis akibat gosip yang tidak henti-henti ini. Sedih kan? Kata Tasha:-

Bohonglah kalau saya kata tak sedih apabila tak henti-henti dilanda gosip sebegini. Ada ketika saya menangis juga. Paling kasihan tentunya ayah saya apabila terpaksa berdepan pertanyaan demi pertanyaan daripada kawannya, yang mahukan pengesahan mengenai gosip itu. Saya tak mahu buat dia bersedih. Seboleh-bolehnya, saya tak nak marah atau melenting apabila terus menjadi bahan gosip. Tapi sebagai manusia biasa, tak mustahil satu hari saya meletus juga kerana kesabaran ada batasnya.

tasha shilla

Abang Nara rasa ada pihak yang dengki dengan Tasha Shilla. Lagi-lagi bila Tasha memenangi Anugerah Pelakon Baru Wanita Popular ABPBH dan Anugerah Heroin Terhebat di Anugerah Blockbuster baru-baru ini. Itu yang gosip-gosip sebegini disebarkan untuk menjatuhkan Tasha Shilla. Diharap Tasha dapat bersabar dengan dugaan sebegini dan terus menunjukkan mutu lakonan yang hebat untuk menutup mulut orang ramai.

June 13th, 2012

Kontroversi yang melanda 3 pelakon baru, Anzalna, Neelofa dan Tasha Shilla nampaknya semakin hari semakin hangat. Masing-masing merasakan diri mereka berada di pihak yang benar. Namun Tasha Shilla yang cuba dihubungi oleh pihak portal Murai menyatakan yang dia tak ada masa untuk melayan kontroversi ini pada masa sekarang kerana terlalu sibuk dengan lakonan.

tasha shilla

Kata Tasha:-

Memang Tasha sekarang terlalu sibuk dengan penggambaran telemovie Duyung. Nak layan Twitter pun taka ada masa. Terpaksa Tasha tutup Twitter buat sementara. Apa yang perlu Tasha lakukan sekarang ialah dengan memandang ke hadapan dan tidak bertoleh ke belakang lagi. Biarlah tumpuan Tasha sekarang dalam bidang lakonan yang semakin menampakan hasilnya. Ada beberapa orang wartawan yang telah menghubungi saya sejak semalam untuk meminta pendapat saya berhubung isu ini, tapi saya tidak boleh memberikan sebarang komen. Seperti yang saya katakan tadi, saya sedang sibuk dengan penggambaran dan sepanjang tempoh itu saya tidak mengikuti sebarang perkembangan dunia hiburan di luar sana. Saya tak mahu tersalah cakap pula.

Ini sememangnya satu langkah yang sangat bagus daripada Tasha Shilla. Makin dilayan kontroversi ini, makin panas dan hangat dibuatnya. Kadang-kadang nanti ayat yang keluar mampu mencetuskan lagi kemarahan pihak yang lain. Abang Nara nasihatkan agar Tasha terus tumpukan perhatian terhadap lakonan dan buat derk sahaja terhadap kontroversi yang sedang berlaku ini.

ryaniez

Dapatkan photographer untuk hari perkahwinan anda dengan harga serendah RM1,100 bersama Ryaniez Moments Photography (jurugambar rasmi perkahwinan Fasha Sandha). Untuk info lanjut, layari www.ryaniezmoments.com atau LIKE Facebook Ryaniez Moments.