March 5th, 2020

Agak kecoh dan hangat diperkatakan semalam apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan prestasi salah seorang pemain bola sepak skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) merundum disebabkan tekanan daripada kekasihnya yang mendesak untuk berkahwin pada tahun ini.

syifa melvin safawi rasidMeskipun tidak menyebut mana-mana nama atau mendedahkan siapakah gerangan individu terbabit, rata-rata netizen menganggap luahan itu ditujukan kepada Safawi Rasid yang umum mengetahui dia gagal menunjukkan prestasi yang baik musim ini dan mengaitkan nama Syifa Melvin yang kini sedang hangat bercinta dengan pemain bola itu.

Pelbagai kecaman dilemparkan kepada Syifa seperti “kaki kikis” dan macam-macam lagi, menjadi punca kemerosotan prestasi Safawi bermain bola sepak di atas padang.

Syatilla Melvin perli TMJ?

syatilla melvin tmj

Tidak hanya berdiam diri, kakak kepada Syifa iaitu pelakon Syatilla Melvin mula bersuara mengenai isu tersebut dan tampil mempertahankan adiknya. Dia dilihat seakan membalas semula kenyataan TMJ penuh sindiran dan berkata dia sendiri tidak pernah “meroyan” di media sosial.

syatilla melvin sindir tmj syatilla melvin sindir tmj

TMJ balas kenyataan Syatilla

Tidak lama selepas itu, TMJ turut membalas kembali kenyataan Syatilla dan menyindirnya kembali.

Terdahulu, Syifa tampil mempertahakan diri dan menafikan dia memaksa Safawi untuk berkahwin sehingga pemain bola sepak itu tertekan serta hilang fokus ketika bermain di atas padang. Malah, Syifa turut menegaskan dia bekerja keras untuk menampung kehidupan sendiri tanpa perlu meminta wang dari kekasihnya itu.

March 5th, 2020

Kontroversi prestasi pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid yang ditegur oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi bualan hangat semalam.

safawi rasid minta maaf

Susulan itu, Safawi menerusi akaun Instagramnya memohon maaf kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik musim ini. Dia berjanji dan tekad untuk kembali  “mengaum”.

safawi rasid minta maaf

Netizen berikan kata-kata semangat 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata positif buat Safawi. Mereka menasihati pemain bola itu agar kembali fokus kepada sukan bola sepak dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

safawi rasid syifa melvin safawi rasid tmj safawi rasid syifa melvin safawi rasid syifa melvin safawi rasid syifa melvin

Terdahulu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan fokus pemain itu hilang selepas dikatakan berdepan tekanan apabila didesak untuk berkahwin daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin.

 

 

 

March 4th, 2020

Hangat diperkatakan mengenai dakwaan pelakon Syifa Melvin yang dikaitkan sebagai punca kepada kemerosotan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

syifa melvin paksa safawi rasid kahwin

Tidak mahu dirinya terus dikritik, Syifa tampil mempertahakan diri dan menafikan dia memaksa Safawi untuk berkahwin sehingga pemain bola sepak itu tertekan serta hilang fokus ketika bermain di atas padang.

Malah, Syifa turut menegaskan dia bekerja keras untuk menampung kehidupan sendiri tanpa perlu meminta wang dari kekasihnya itu.

syifa melvin paksa safawi rasid kahwin syifa melvin paksa safawi rasid kahwin

Sebelum ini, hubungan pasangan kekasih merpati sejoli ini tidak perlu dirahsiakan lagi apabila Syifa pernah beberapa kali meluahkan tentang percintaannya bersama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu. Terdahulu, Safawi juga pernah membuat kejutan romantis dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada Syifa.

March 4th, 2020

Tidak dinafikan ‘saham’ pemain bola sepak di Malaysia memang tinggi dan banyak juga selebriti yang menjalin hubungan serta mendirikan rumah tangga dengan pemain-pemain bola sepak negara.

syifa melvin tmj

Walaubagaimanapun, terbaru Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya sudah hilang sabar dengan prestasi merudum bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT). Sudah hilang fokus di atas padang kerana mempunyai masalah peribadi dengan teman wanita.

Malah, TMJ turut ‘sound’ teman wanita pemain tersebut agar tidak terlalu kemaruk untuk berkahwin.

Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin

tmj sound syifa melvin

safawi rasid syifa melvin

TMJ turut menunjukkan bukti perbualan bersama pemain tersebut yang mengakui dirinya dikawal oleh teman wanita. Mendesaknya untuk berkahwin.

Nama Syifa Melvin dikaitkan?

safawi rasid syifa melvin

Meskipun tidak menyebut mana-mana nama, netizen spekulasi bahawa sindiran itu ditujukan kepada Syifa Melvin berikutan gambaran yang ditunjukkan oleh TMJ menerusi pangkal huruf nama di dalam luahannya di Instagram Stories.

Umum mengetahui pelakon itu sedang hangat bercinta dengan Safawi Rasid dan pemain JDT tersebut juga dikatakan pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu.

syifa melvin safawi rasid

syifa melvin tmj sound syifa melvin tmj sound syifa melvin tmj sound syifa melvin

Dalam pada itu, TMJ memberi amaran tegas agar pemain JDT berkenaan segera mempertingkatkan prestasinya atau kemungkinan disingkirkan daripada pasukan.