Seorang Individu Ditegur TMJ Apabila Mengibaratkan Titah YDPA Bagaikan ‘Boneka’

Trending

Seorang Individu Ditegur TMJ Apabila Mengibaratkan Titah YDPA Bagaikan ‘Boneka’

Titah Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam ketika perasmian pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, telah mendatangkan pelbagai reaksi dan komen dari rakyat.

3 years lalu

Maksud Disebalik "Kerajaan Beta", Di Dalam Titah Baginda Yang DiPertuan Agong

Advertisement

Terbaru seorang individu memuat naik satu kenyataan di twitternya, yang menggambarkan ucapan Yang Dipertuan Agong hanyalah bagaikan ‘boneka’ sahaja.

Menurutnya titah DiRaja tersebut telah ditulis oeh kerajaan yang memerintah, dan Baginda hanyalah membacanya dan itu bukanlah pandangan peribadi Sultan sendiri.

Dia turut menambah, mana-mana pihak tidak perlu “syok sendiri” apabila dipuji oleh Sultan kerana penulisan itu datangnya daripada pihak itu sendiri.

Ditegur Tengku Mahkota Johor

Muat naik tersebut telah mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor (TMJ), dan baginda telah memberikan teguran ringkas namun jelas terhadap tweet tersebut.

Tindakan individu ini turut mendapat kritikan daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan TMJ.

Individu tersebut dikatakan telah memadamkan muat naik tersebut setelah mendapat perhatian ramai.

Dalam hal yang sama Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaludin turut mendapat ‘tempias’ apabila tweetnya yang dimuat naik pada tahun 2017 dikaitkan dengan isu yang sama.

Khairy bagaimanapun tampil menjelaskan mengenai isu tersebut yang menurutnya dalam titah Sultan semalam, terdapat juga sebahagiannya yang datang dari pendapat peribadi Baginda sendiri.

Sebagai rakyat kita sepatutnya menghormati Yang Dipertuan Agong dan institusi DiRaja sebagai ketua negara, bersesuaian dengan rukun negara “Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang.”

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...