March 5th, 2020

Agak kecoh dan hangat diperkatakan semalam apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan prestasi salah seorang pemain bola sepak skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) merundum disebabkan tekanan daripada kekasihnya yang mendesak untuk berkahwin pada tahun ini.

syifa melvin safawi rasidMeskipun tidak menyebut mana-mana nama atau mendedahkan siapakah gerangan individu terbabit, rata-rata netizen menganggap luahan itu ditujukan kepada Safawi Rasid yang umum mengetahui dia gagal menunjukkan prestasi yang baik musim ini dan mengaitkan nama Syifa Melvin yang kini sedang hangat bercinta dengan pemain bola itu.

Pelbagai kecaman dilemparkan kepada Syifa seperti “kaki kikis” dan macam-macam lagi, menjadi punca kemerosotan prestasi Safawi bermain bola sepak di atas padang.

Syatilla Melvin perli TMJ?

syatilla melvin tmj

Tidak hanya berdiam diri, kakak kepada Syifa iaitu pelakon Syatilla Melvin mula bersuara mengenai isu tersebut dan tampil mempertahankan adiknya. Dia dilihat seakan membalas semula kenyataan TMJ penuh sindiran dan berkata dia sendiri tidak pernah “meroyan” di media sosial.

syatilla melvin sindir tmj syatilla melvin sindir tmj

TMJ balas kenyataan Syatilla

Tidak lama selepas itu, TMJ turut membalas kembali kenyataan Syatilla dan menyindirnya kembali.

Terdahulu, Syifa tampil mempertahakan diri dan menafikan dia memaksa Safawi untuk berkahwin sehingga pemain bola sepak itu tertekan serta hilang fokus ketika bermain di atas padang. Malah, Syifa turut menegaskan dia bekerja keras untuk menampung kehidupan sendiri tanpa perlu meminta wang dari kekasihnya itu.


38 responses to “Pertahankan Adik, Syatilla Melvin Sindir TMJ?”

  1. ikan says:

    dua2 aku getik tengok. yang hhwhatever ni pun sama je makin lama makin poyo termasuk la segala rakyat jelata sana lain macam. yang ppuan ni lagilah malas aku nak komen buang masa.

  2. Izaa says:

    Xpernah meroyan kt media social? x payah nk poyo la syatila..dulu ko meroyan psl fazura ckp yg dia pernah de hubungan dgn laki ko before dia jd laki ko tu apa? Ko ckp fazura tu perasan. Pastu acah2 ckp bkn ayat tu bkn tuju kt fazura..next time jgn poyo Sgt.

  3. Zioe says:

    Buat apa nk kecoh2….x de prestasi y baik…singkir then cari lain y lagi baik prestasinya….diorg nk kawin ke…kena paksa kawin ke… lantak la.. tp bila melibatkan profesionalisme..if u down…u boleh berambus…buat apa la JDT nk sakit kepala otak pikir org y xtau beza personal n kerjaya…xpayah nk syg sgt la org y x tumpu pada karier…buang duit byr mahal2…

Loading...